Para ulama menetapkan setiap umat Islam mestilah percaya kepada 6 perkara asas dalam Islam yang dikenali ramai sebagai Rukun Iman, perkara ini didasarkan kepada HADIS JIBRIL.

Baiklah, pada artikel kali ini kita akan membincangkan apakah rukun iman dalam Islam yang sering ditinggalkan oleh majoriti orang Islam dan ini berlaku secara tidak sedar.

Kita wajib percaya semuanya datang daripada Allah
Beriman maksudnya percaya. Maka, sebagai umat islam yang mengaku beriman wajib mempercayai keenam-enam rukan iman dengan hati yang yakin dan kukuh tanpa sebarang ragu-ragu dan tanpa meninggalkan walaupun satu rukun iman serta wajib mengamalkan dalam kehidupan kita sampai bila-bila.

Jibril A.S pernah bertanya kepada Nabi Muhammad S.A.W mengenai iman. Maka Nabi Muhammad S.A.W menjawab: ”Engkau beriman kepada Allah, Malaikat-Malaikat-Nya, Kitab-Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, hari kiamat serta qadha’ dan qadar yang baik mahupun yang buruk.” (Sahih Riwayat Muslim)

Perlu di ingatkan, ramai umat islam pada hari ini percaya kepada Allah, Malaikat, Kitab, Rasul, Hari Kiamat tapi ada segelintir seolah-olah lupa tentang Rukun Iman Ke 6 iaitu beriman kepada qadha’ dan qadar yang baik mahupun yang buruk. Rukun iman tidak cukup hanya kita ingat dalam memori kepala sahaja tetapi perlu diamalkan dalam kita menempuh dunia yang fana ini.

Ada segelintir masyarakat islam pada hari ini tidak sedar yang sebenarnya meraka telah menyalahi, menginkari, menidakkan dan seakan-akan lupa tentang rukun iman yang keenam iaitu beriman (percaya) kepada qadha’ dan qadar yang baik mahupun yang buruk.

Apabila meraka ditimpa kesusahan meraka meronta, meroyan, menyesal, menggila, menyalahkan orang lain dan ada yang mengeluarkan kata-kata yang buruk dan keji. Malah, ada yang sanggup mencari jalan untuk membunuh diri tanpa memikirkan apa yang akan terjadi kepada dirinya di akhirat nanti.

”Berusahalah untuk mendapatkan apa yang bermanfaat bagimu, dan mintalah pertolongan Allah dan janganlah sampai kamu lemah (semangat). Jika sesuatu menimpamu, janganlah engkau berkata ‘seandainya aku melakukan ini dan itu, niscaya akan begini dan begitu.’ akan tetapi katakanlah ‘Qodarullah wa maa-syaa-a fa’ala (Allah telah mentakdirkan segalanya dan apa yang dikehendaki-Nya pasti dilakukan-Nya).’ Kerana sesungguhnya (kata) ‘seandainya’ itu akan mengawali perbuatan syaitan.” (Sahih Riwayat Muslim)

INGAT!!, hanya orang yang beriman sahaja akan dimasukkan ke dalam syurga. Jika kita tertinggal walaupun satu sahaja rukun iman bermakna kita tidak tergolong dalam golongan orang yang beriman.

”Tidak beriman salah seorang dari kalian hingga dia beriman kepada qadar baik dan buruknya dari Allah, dan hingga yakin bahawa apa yang menimpanya tidak akan luput darinya, serta apa yang luput darinya tidak akan menimpanya.” (Sahih Riwayat Tarmizi)

Firman Allah S.W.T – ”Allah-lah yang menciptakan kamu dan apa-apa yang kamu perbuat”. (QS. As-Shaffat 37 : 96)

Firman Allah S.W.T – ”Allah yang mencipta tiap-tiap sesuatu dan Dia menjadi wakil pada tiap-tiap sesuatu”. (QS. Az-Zumar 39 : 62)

Firman Allah S.W.T – ”Sesungguhnya segala-gala sesuatu telah kami jadikan sesuai dengan takdir yang telah ditentukan sebelumnya”. (QS. Al-Qamar 54 : 49)

Daripada Firman-Firman Allah S.W.T di atas, tidakkah kita yakin yang sebenarnya (hakikatnya) semua adalah datang daripada Allah S.W.T. Semua yang terjadi pada diri kita, orang lain dan sekeliling kita sebenarnya telah ditetapkan sejak awal lagi di Kitab Lauh Mahfuz.

Firman Allah S.W.T – ”Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sesungguhnya, yang demikian itu mudah bagi Allah.” (QS. Al-Hadid 57 : 22)

Firman Allah S.W.T – ”Di mana pun kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu berada di dalam benteng yang tinggi dan kukuh. Jika mereka memperoleh kebaikan, mereka menyatakan, ”ini dari sisi Allah”, dan jika mereka ditimpa suatu keburukan mereka menyatakan ”ini dari engkau” Katakanlah, ”semua (datang) dari sisi Allah” Maka mengapa orang-orang itu hampir-hampir tidak memahami pembicaraan?” 
(QS. An-Nisa’ 4 : 78)

Fahamkan baik-baik dan percayalah semua baik buruk itu adalah dari Allah. Kenapa masih ragu-ragu, tidak cukupkah semua bukti yang terkandung dalam Al-Quran dan Hadis. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan orang-orang yang tidak percaya dan menginkari kandungan Al-Quran dan Hadis. Semoga kita digolongkan oleh Allah dalam golongan hamba Allah yang mantap dan sempurna imannya serta tidak meninggalkan rukun iman dalam tidak sedar mahu pun sedar

Wallahu A’lam Bish Shawab.


Q/A

SoalanRukun Iman ada berapa?
Jawapan: Rukun Iman ada 6 perkara iaitu:
Rukun Iman Ada Berapa?











Soalan: Apa itu Hadis Jibril?
JawapanHadis Jibril adalah sebuah hadis yang memuat definisi tentang Islam, Iman, Ihsan, dan tanda-tanda hari kiamat menurut akidah Islam. Hadis ini diriwayatkan dari sahabat Umar bin Al-Khaththab. Hadis ini boleh didapati di kedua-dua kitab ShahihainSahih Bukhari dan Sahih Muslim. Hadis ini juga disokong oleh Surah: An-Nisaa' No. Surah: 4 Ayat: 136.