Definisi Apa Itu Khurafat
DEFINISI KHURAFAT

Kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama Islam. Sedangkan hakikatnya ia bertentangan dengan konsep Tauhid dan Syariat Islam.


FAKTOR KHURAFAT MASIH BERTERUSAN
Sebab Khurafat Masih Berlaku

  1. Apabila iman seseorang Islam itu tidak mantap, beserta ilmu mengenai Islam tidak dipelajari secara total, maka sukar untuk individu tersebut untuk membezakan amalan yang benar dengan khurafat.
  2. Disebabkan tempat-tempat pemujaan masih wujud dan banyak yang tidak diawasi oleh pihak berwajib, maka tempat-tempat pemujaan ini sering kali dikunjungi oleh mereka yang mengamalkan amalan khurafat.
  3. Sifat segelintir manusia yang sangat mudah terpengaruh dengan hal-hal pelik menyebabkan masyarakat biasa terjebak dengan amalan berbahaya khurafat.
  4. Juga, disebabkan sifat ambil mudah masyarakat kita, hari ini segelintir manusia yang melakukan amalan khurafat tidak lagi takut untuk menjalankan aktiviti khurafat itu secara terang-terangan.
  5. Ingin mencari jalan mudah untuk menjadi kaya dan terkenal, walaupun mereka sedar akan akibat ancaman yang bakal dihadapi di dunia dan akhirat.
KESAN BURUK KHURAFAT

KESAN BURUK KHURAFAT TERHADAP INDIVIDU
  • Menyebabkan syirik dan terbatal imannya
  • Menyekat kebebasan seseorang kerana terikat dengan adat-adat lama khurafat yang masih diamalkan sejak turun-temurun
  • Menyekat kebebasan berfikir sehingga menjadikan individu itu ketinggalan dalam semua perkara
  • Seseorang itu sukar untuk maju dalam hidupnya kerana takut dengan pantang larang amalan khurafat
  • Membazir masa, harta dan tenaga dengan amalan yang sia-sia
  • Memudaratkan diri terutama melibatkan makhluk jin

KESAN BURUK KHURAFAT TERHADAP MASYARAKAT
  • Mengongkong masyarakat akibat pantang larang yang mesti dipatuhi
  • Merosakkan dan melemahkan akidah masyarakat Islam
  • Menyekat kebebasan berfikir secara positif dan lebih rasional
  • Punca berlakunya permusuhan dan pergaduhan akibat wujudnya 2 golongan yang berbeza pendapat
  • Masyarakat menjadi mundur dan ketinggalan zaman

Maksud Hadis