Pengenalan Tentang Apa Itu Syirik
MAKSUD SYIRIK
  • Menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan af'alnya
  • Berlaku melalui pengakuan, pemujaan, penyembahan, permintaan, perlindungan dan kepatuhan kepada sesuatu selain Allah
Pelaku Syirik = Orang Yang Melakukan Amalan Syirik Dipanggil Musyrik

HUKUM SYIRIK

Maksud Haram
Syirik adalah HARAM kerana akan membatalkan iman seseorang. Orang yang mengamalkan perbuatan syirik dengan sendirinya menafikan kekuasaan Allah. Amalan syirik juga boleh memberi impak negatif kepada masyarakat dan mereka selalu berasa tidak tenteram dan bimbang serta taat kepada pantang larang secara melulu. Amalan-amalan syirik perlu dijauhi kerana perkara ini boleh mencemarkan akidah Islam.

CONTOH SYIRIK
  • Menafikan Allah sebagai penguasa mutlak terhadap diri kita dan seluruh alam
  • Percaya kepada selain Allah yang boleh mengubah nasib
  • Menyembah selain Allah
  • Memakai azimat untuk keselamatan dan kekuatan diri (melupakan Allah)

BAHAGIAN-BAHAGIAN SYIRIK

SYIRIK KHAFI (TERSEMBUNYI)

Maksud = Tidak meletakkan Allah sebagai yang mutlak dalam niat terutama dalam ibadat

Contoh:

  • Riak = Menunjuk-nunjuk
  • Ujub = Kagum diri
  • Takbur = Bangga diri


SYIRIK JALI (NYATA)

Maksud = Perlakuan syirik secara terang-terangan

Contoh:

  • Menyembah patung dan berhala
  • Menyembah bulan atau matahari
  • Mengakui Nabi Isa AS sebagai anak Tuhan
  • Menyembah selain daripada Allah SWT

Syirik sangat bahaya bagi kita umat Islam, sebagai umat Islam yang sejati kita wajib menjauhkan diri kita daripada melakukan amalan syirik. Perbuatan syirik ini terlalu halus sehingga tanpa sedar pun kita sebenarnya banyak melakukan perbuatan syirik, maka mari kita saling berpesan untuk selalu kembali (taubat) kepada Allah Yang Maha Esa.

Itu sahaja perkongsian pengenalan syirik, semoga bermanfaat dan berbagi lah ilmu yang bermanfaat kepada semua.

TERIMA KASIH :)