Nama Pemimpin Khulafa ar-Rasyidin
APA ITU KERAJAAN KHULAFA AR-RASYIDIN
Kerajaan Khulafa Ar-Rasyidin adalah kesinambungan kerajaan Islam Madinah pimpinan Nabi Muhammad SAW.

MAKSUD KHALIFAH
Khalifah adalah orang yang menjadi ketua negara Islam.

KHULAFA AR-RASYIDIN
Khulafa Ar-Rasyidin merupakan gelaran kepada 4 orang sahabat Rasulullah SAW. Mereka berempat dipilih berdasarkan pengalaman dan kebolehan.

MASA PEMERINTAHAN KERAJAAN KHULAFA AR-RASYIDIN
Kerajaan Khulafa Ar-Rasyidin memerintah selama 29 tahun (11 - 14 hijrah)

NAMA-NAMA PEMIMPIN KERAJAAN KHULAFA AR-RASYIDIN
1.     Abu Bakar As-Siddiq
2.     Umar Al-Khattab
3.     Uthman bin Affan
4.     Ali bin Abi Talib


BIODATA KHULAFA AR-RASYIDIN

  • Khalifah Abu Bakar As-Siddiq

Nama: Abdullah bin Abi Qutadah
Masa memerintah: 11–13H / 632–634M
Lahir: 2 tahun selepas kenabian Rasulullah SAW
Keturunan: Bani Ta’ mim
Gelaran: As-Siddiq (mengakui kebenaran Rasulullah SAW dalam peristiwa Israk dan Mikraj)
Wafat: 23 Jamadil Akhir tahun 13H
Makam: Berhampiran makam Rasulullah SAW di Madinah

Orang pertama memeluk Islam, sejak kecil Abu Bakar terkenal dengan kejujuran, berpekerti mulia dan bersifat terpuji. Beliau bersama-sama Rasulullah berhijrah ke Madinah dan bersama-sama di dalam Gua Thur.

  • Khalifah Umar Bin Al-Khattab

Nama: Umar bin Al-Khattab bin Naufal
Masa memerintah: 13-23H / 634-644M
Lahir: 13 tahun selepas kelahiran Rasulullah SAW
Keturunan: Bani Adi (Suku kaum Quraisy)
Gelaran: Al-Farouk (orang yang dapat membezakan antara kebenaran dan kebatilan)
Wafat: Akhir bulan Zulhijjah, 23H ketika usia 63 tahun
Makam: Berhampiran makam Rasulullah SAW

Berkedudukan baik ketika zaman jahiliyah. Terkenal dengan keberanian, tegas dan berterus terang menyatakan pandangan dalam menyelesaikan masalah. Umar Al-Khattab memeluk Islam pada tahun ke-6 kerasulan Nabi Muhammad SAW

  • Khalifah Uthman Bin Affan

Nama: Uthman bin Affan
Masa memerintah: 23-35H / 644-656M
Lahir: 5 tahun selepas kelahiran Rasulullah SAW
Keturunan: Bani Umaiyah
Gelaran: Zun Nur’ain (kerana mengahwini 2 orang puteri Rasulullah SAW)
Wafat: 18 Zulhijjah tahun 35H ketika berusia 80 tahun
Sebab wafat: Dibunuh pemberontak ketika sedang membaca al-Quran

Sejak kecil Uthman bin Affan terkenal dengan peribadi mulia, lemah lembut, hartawan, dermawan dan mempunyai semangat jihad yang tinggi dalam mengembangkan agama Islam.

  • Khalifah Ali Bin Abi Talib

Nama: Ali bin Abi Talib bin Abdul Mutalib bin Hashim
Masa memerintah: 35-40H / 656-661M
Lahir: Tahun ke-10 sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW
Keturunan:
Gelaran: Karamallahu Wajhah (Orang yang dimuliakan wajahnya atau maruahnya oleh Allah kerana tidak pernah menyembah berhala)

Ali bin Abi Talib merupakan kanak-kanak pertama memeluk Islam iaitu ketika berumur 10 tahun. Merupakan khalifah ke-4 dan terakhir dalam pemerintahan Khulafa ar-Rasyidin. Ali bin Abi Talib adalah seorang yang berani, tegas dan menguasai pelbagai ilmu dengan mendalam.


RENUNGAN DARI KERAJAAN KHULAFA AR-RASYIDIN
Islam memang sangat cemerlang di zaman pemerintahan kerajaan Khulafa ar-Rasyidin. Pemimpin-pemimpin Islam masa kini harus mencontohi keperibadian 4 pemimpin Khulafa ar-Rasyidin supaya zaman kegemilangan Islam dapat dikembalikan.

Untuk itu, kita sebagai rakyat biasa juga perlu bersama-sama berjuang mengembalikan syiar Islam ke lantas yang betul iaitu dengan mempelajari ajaran agama Islam yang sebenar. Mari berjuang bersama-sama dengan berkongsi tulisan ini kepada semua.

TERIMA KASIH :)