Dalam hubungan jangka panjang semuanya kelihatan seperti suatu rutin harian. Kita semua sangat sibuk dengan kehidupan harian sehingga terlupa pasangan juga berhak dan memerlukan kita. Perhubungan yang baik berkait rapat dengan menghabiskan masa berkualiti antara satu sama lain.

Menghabiskan waktu bersama tidak semestinya perlu mengeluarkan wang yang banyak, tapi cukup seperti bersarapan bersama. Rutin-rutin kecil seperti ini sebenarnya mampu memberi impak besar dalam hubungan bersama pasangan.

Berikut senarai idea Pre-Planed Date yang patut korang buat. Korang boleh mengubah idea-idea ini sesuai citarasa dan masa korang. Beritahu kami jika ia membantu korang di bahagian komen.

Januari - Date Night Tengok wayang filem kegemaran korang

Februari - Spa malam dengan urutan, lilin dan rawatan muka

Mac - Candle light dinner di restoran yang korang tak pernah pergi

April - Main teka-teki

Mei - Jongging dan sarapan pagi hujung minggu bersama

Jun - Berkelah di taman

Julai - Filem Blockbuster pilihan korang

Ogos - Melawat tempat bersejarah pada hujung minggu

September - Merancang percutian pilihan korang

Oktober - Try makanan restoran baru berdekatan

November - Memasak bersama

Disember - Main game online/offline bersama