Fokus untuk belajar personal development akan memberi banyak perubahan positif dalam hidup kita. Korang akan berani untuk bercakap dalam sesuatu majlis, yakin untuk menulis bagi penerbitan online, dan mampu travel satu dunia.

“Manusia itu berubah, perubahan boleh berlaku dalam diri manusia”
Tetapi, untuk mengubah diri sendiri sebenarnya adalah suatu hal yang boleh jadi susah dan boleh jadi mudah, ianya sangat bergantung pada usaha diri sendiri dan sejauh mana kita melatih diri untuk berubah. Semakin kerap korang mengasuh diri, akan semakin mudah untuk diri berubah menjadi seseorang yang lebih baik, berkeyakinan dan positif.
Berikut tiga kesan personal development yang mampu mengubah hidup korang:
1. Banyak peluang baru akan menghampiri anda

Ilmu personal development mampu memandu korang untuk menemui peluang-peluang baru yang mampu mengubah hidup kearah lebih baik. “Sesuatu peluang tidak akan datang dengan sendiri sehingga orang itu betul-betul layak dan bersedia untuk menerima peluang itu”.
Apa yang patut korang buat sekarang adalah fokus untuk memperbaiki kelemahan diri (self-improvement) mula baca artikel personal development, buku, blog dan aplikasikan serta lakukan apa yang korang belajar dalam kehidupan sebenar korang.
2. Peningkatan keyakinan diri ke level yang lebih baik

“Keyakinan diri adalah titik permulaan untuk sesuatu impian itu menjadi kenyataan” – Korang kena percaya dengan diri sendiri dan cita-cita yang korang impikan secukup-cukupnya supaya impian korang mampu menjadi realiti.
Setiap hari adalah hari-hari yang sangat penting, setiap hari adalah hari belajar, setiap apa yang terjadi dalam hidup korang, ambil peluang itu untuk belajar sesuatu ilmu, ilmu itu bermacam jenis dan rupa, cuma bagaimana korang ingin menerima itu sebagai ilmu bermanfaat atau ilmu memudaratkan. Korang perlu bina pemikiran positif dan sentiasa percaya dengan diri sendiri.
Bila korang mula untuk betul-betul percaya pada diri dan tujuan hidup, keyakinan diri akan mula bangkit. Start lah cari buku-buku atau blog yang berkisar tentang motivasi dan self-improvement kerana ianya sangat bagus untuk meningkatkan keyakinan diri dan mampu push diri jadi lebih positif. Ini semua penting untuk membentuk jati diri kearah level yang lebih baik.
3. Diri akan jadi versi yang lebih baik
Menjadi diri yang lebih baik adalah tujuan utama dalam ilmu personal development. Bagi meningkatkan kualiti dan keupayaan dalam kerja, perniagaan, perhubungan, apa sahaja bidang dan aspek kehidupan itu semua adalah faktor untuk mendewasakan diri  sebagai seorang manusia. Korang kena selalu lihat apa yang boleh diperbaiki dan mesti ada kesedaran untuk selalu tahu apa yang perlu dibuat/diselesaikan terlebih dahulu.
Cara yang paling berkesan untuk mencari jalan menjadi diri yang lebih baik adalah dengan bertanya orang disekeliling yang terdekat atau yang paling kenal korang dan senaraikan apa kelebihan yang sudah ada dan apa kelemahan yang perlu diperbaiki. Tulis semua senarai tadi dan perbaiki kelemahan satu per satu. Kalau malu nak tanya, buat senarai tadi sendiri dan korang kena jujur dengan senarai itu.
Apa self-improvement/personal-development yang korang tengah buat dan macam mana (kesan) ia mengubah hidup korang? Komen jap