Meluangkan masa istimewa bersama pasangan merupakan perkara yang sangat-sangat penting, tapi disini bukannya bermaksud untuk menghabiskan duit dompet di restoran mewah.

Terdapat banyak tempat atau perkara yang berpatutan dan menghiburkan yang korang boleh pergi dengan orang yang tercinta.

Lagipun, waktu adalah perkara yang paling berharga yang patut korang berikan. Jadi, inilah 50 date idea yang murah dan jimat yang boleh korang gunakan untuk "date" yang seterusnya bersama suami / isteri.

1- Mendaki melihat permandangan.

2- Tonton filem zaman kanak-kanak kegemaran korang bersama-sama.

3- Berkelah

4- Melawat di sekitar muzium yang korang belum pernah pergi.

5- Jalan-jalan di bandar terdekat dan melawat mercu tanda bersejarah.

6- Pilih buku dan baca bersama.

7- Jadi Sukarelawan bersama-sama di hujung minggu.

8- Beli buah-buahan dan cari resipi untuk memasaknya bersama.

9- Main sukan kegemaran bersama.

10- Memancing bersama dan kira siapa yang paling banyak dapat ikan.

11- Berbasikal di sekitar bandar bersama.

12- Pergi perpustakaan dan baca buku bersama.

13- Buat makanan satu sama lain untuk dicuba.

14- Belajar bahasa isyarat bersama

15- Nikmati pemandangan matahari terbit dan matahari terbenam bersama.

16- Melawat zoo.

17- Lihat pameran seni.

18- Buat teka-teki dan mainkan bersama-sama.

19- Pergi ke festival berdekatan.

20- Mengecat bersama-sama.

21- Mengambil kelas tarian.

22- Buat diary kenangan korang bersama-sama.

23- Selesaukan crossword puzzle bersama

24- Berlatih photo shoots jika salah seorang adalah juru gambar

25- Buat origami bersama-sama.

26- cat dan reka bentuk cawan (mug) untuk satu sama lain.

27- Rancang perjalanan bersama-sama.

28- Naik feri.

29- Coffee date.

30- Main "truth or dare" bersama.

31- Lakukan spa malam di rumah, dan urutan lain.

32- Main layang-layang bersama-sama.

33- Berkhemah di dalam bilik korang.

34- Mainkan video game kegemaran zaman kanak-kanak bersama.

35- Main game online bersama-sama

36- Belajar bahasa baru bersama.

37- Tonton sukan bersama-sama.

38- Buat pizza bersama-sama dan hiaskan mengikut kretiviti satu sama lain.

39- Makan dan try pelbagai jenis ais krim bersama sambil berbual romantik

40- Ajar kemahiran yang korang tahu kepada pasangan and vice versa

41- Tonton TV bersiri bersama-sama.

42- Pergi ke pantai dan buat istana pasir bersama.

43- Mulakan blog bersama.

44- Terokai rumah berhantu.

45- Buat kuiz antara satu sama lain.

46- Buat taman kebun / hiasan bersama.

47- Buat video di youtube bersama.

48- Belajar skill baru bersama-sama dari tutorial youtube.

49- Main sukan memanjat "indoor"

50- Jalan-jalan tepi pantai.

Aktiviti-aktiviti ini tidak perlu wang yang banyak tapi korang tetap boleh berkongsi masa berharga antara satu sama lain dan mampu membawa kepada hubungan jangka panjang yang bahagia. bagitahu kami, idea mana yang dah korang cuba dan yang ingin korang cuba untuk "date" yang seterusnya.