Pernah tak tengok dokumentari singa? Kalau pernah, mesti korang perasankan yang singa ini adalah haiwan yang memiliki dan menguasai wilayah mereka dan merupakan pemangsa paling hebat. Singa adalah antara haiwan terkuat di dunia, dan tak ada haiwan lain yang berani berhadapan dan cabar mereka. Mereka digelar sebagai ‘Raja Rimba’ sebab singa memiliki sentuhan diraja atas setiap apa yang mereka lakukan. Dari tabiat makan hinggalah sikap berani mereka untuk menakluki wilayah. Singa sentiasa mempunyai sikap berani dan mereka hidup sebagai penguasa sejati.

Tapi, kehidupan singa sentiasa penuh dengan rintangan dan masalah. Tak ada ruang untuk kesilapan, satu kesilapan mungkin buat mereka hilang kehidupan, pemerintahan, bahkan keturunan. Dan, memburu bukanlah satu tugas yang mudah, kadar keberhasilan hanyalah antara 17-19%. Bandingkan dengan manusia biasa, kepayahan dan kesulitan singa sangatlah besar sebab singa tak pernah ada peluang kedua.

Tapi, pernah tak korang perhati dalam dokumentari itu, ada tak singa yang menyerah kalah dan kecewa dengan takdir? mereka selalu bergelut memburu dan mempertahankan wilayah, tapi mereka tak pernah berhenti. Kadang-kadang, mereka gagal memburu zebra, kijang, tapi adakah mereka menyerah? Tak, mereka cuba lagi dan lagi hingga berjaya.

Bawah ini ada 6 motivasi hidup dari singa si raja rimba:


1- Matlamat adalah satu-satunya sebab untuk terus hidup
Tetapkan matlamat hidup dan bekerja keraslah untuk capai matlamat itu. Fikir macam ini, rasakan bahawa korang tidak ada alternatif lain, sebagai mana singa dilahirkan untuk memburu, begitu juga manuia dilahirkan untuk mencapai matlamat.
Rasakan yang matlamat dan kerja untuk capai matlamat adalah sebagai sumber motivasi. Motivasi ini akan bawa korang lalui masa yang baik dan buruk kerana kemasyhuran adalah sementara, tetapi keseronokan kerja untuk capai nikmat kemenangan adalah kekal.
“Jangan malu dengan kegagalan, belajarlah darinya dan bangkit semula”

2- Gagal dan berevolusi
Singa gagal 8 ke 10 kali dalam memburu, tapi dalam kegagalan itu mereka teliti balik kemahiran mereka, sebab itu mereka boleh tangkap mangsa yang lagi besar untuk keluarga mereka makan.
Kita pun sama, kita kena terima kegagalan dan evolusikan kemahiran jadi lebih baik setiap kali berdepan dengan kegagalan. Kena belajar dan analisis setiap kegagalan dan pastikan tidak ulang kesilapan sama. "Orang yang selalu menilai diri adalah orang yang hebat." Dan, kita juga mesti ikut undang-undang alam, 'Berevolusi dan bertahan' demi mencapai kejayaan dalam kehidupan.

3- Fokus adalah kunci
Bila singa keluar memburu, mereka bergerak dengan senyap dan fokus pada mangsanya. Singa sentiasa memiliki elemen kejutan dan simpan segala egonya untuk pastikan mereka berjaya. Sekarang cuba bayangkan, jika singa buat bising, adakah pemburuannya berjaya? Jawapannya mestilah tidak! Jadi, apa yang korang belajar?
“Terlalu banyak bercakap buat kita hilang fokus.” Itu yang patut korang belajar. Jangan bagitahu semua orang apa yang korang buat dan apa matlamat korang, simpan saja dan fokus sepenuhnya pada bagaimana nak capai matlamat itu.

4- Sentiasa percaya satu sama lain
Kebanggaan sang raja singa adalah mereka sentiasa sokong satu sama lain tak kira ketika kumpulan mereka senang atau susah. Sebaliknya dalam keadaan sukar mereka sebagai individu akan lebih lagi menyokong semata-mata untuk bertahan hidup.
Kita juga harus belajar dan ingat bahawa kekuatan yang sebenar berada dalam kepercayaan antara satu sama lain. Sangat penting untuk tidak rosakkan kepercayaan ini, juga perlu sokong satu sama lain untuk hadap apa sahaja masalah dan situasi mendatang.
“Kejarlah matlamat seakan-akan hidup bergantung padanya”

5- Bertahan (survive) adalah segala-galanya
Singa tidak membahayakan sesiapa tanpa sebab. Tapi, bila ada yang cuba masuk dan ganggu wilayah, kehidupan, dan keluarganya, sang raja rimba akan bangun dan lawan tanpa belas kasihan.
Begitu juga dengan manusia, kita patut bela diri kita dan bertahan walau apa jua cabaran yang datang. Jika ada orang cuba nak jatuhkan kerjaya kita, jangan kecewa sebaliknya lawan dan atasi orang-orang jenis ini.

6- Bergembiralah dengan kehidupan
Walaupun singa dikenali sebagai raja rimba, kehidupan Singa setiap hari penuh dengan cabaran. Tapi mereka tak biarkan cabaran itu menganggu hidup mereka. Mereka selalu bergembira setiap minit bersama keluarga. Mereka bermain bersama-sama dan saling mengambil berat.
Korang juga patut manfaatkan setiap detik kehidupan bersama keluarga. Tinggalkan tekanan kerja di tempat kerja, dan bila berada di rumah, nikmatilah kehidupan bersama keluarga, ya, mereka perlukan korang sebagai sang raja di rumah, jadi, bergembiralah dengan mereka.
Singa sang raja rimba mengajar kita untuk mendominasi masalah hidup dan hiduplah seperti seorang pemenang. “Jika saiz itu segalanya, gajah adalah rajanya rimba.” Sebenarnya, setiap haiwan mempunyai cabaran dan rintangan hidup masing-masing, dan manusia boleh belajar banyak perkara darinya untuk mencapai matlamat dan kemenangan dalam hidup ini. Jadi, jangan lupa tengok dokumentari pasal singa, cuba belajar dari mereka.

Jadi, macam mana nak jadi singa dalam kehidupan harian korang? Komen sat.