Berapa lama untuk seseorang boleh membina/membentuk tabiat baru?


Jangka masanya boleh jadi panjang dari beberapa saat ke beberapa tahun. Tapi, jangka masa untuk bina tabiat baru ini sebenarnya boleh dipercepatkan bila kita ada kesungguhan emosi yang digabung sekali dengan kemahuan yang kuat dan mula ambil langkah tertentu.

Langkah/cara cepat bina tabiat baru dengan psikologi:

Baca bawah ni!

Ramai orang ingat, untuk turunkan berat badan atau nak jadi badan fit kena ambil masa yang lama bahkan bertahun, then terus rasa malas, buat tak tahu. Pastu suatu hari, doctor cakap “jika awak tak turunkan berat badan dan tak jaga keadaan fizikal, awak mungkin berisiko untuk mati di usia muda.”

Tiba-tiba, siang malam duk fikir pasal mati sampai jadi takut dan terus rasa nak ubah diet makan, mula rasa nak jaga makan, start bersenam, berhenti rokok, dan lepastu sihatlah, badan fit, fizikal pun okay..”Bila terdesak, takut, boleh pulak nak jaga kesihatan”

Menurut pakar Psikologi, keadaan kat atas tadi dipanggil sebagai “significant emotional experience.” Iaitu apa-apa pengalaman suka atau duka yang melampau, digabungkan dengan tindakan, boleh mencipta sesuatu yang bukan tabiat menjafi satu corak tabiat kebiasaan biasa/rutin yang akan kekal seumur hidup (kebiasaan)

Maknanya, ada dua iaitu pertama korang kena wujudkan rasa takut melampau untuk paksa diri bina tabiat baru (contoh jaga kesihatan), kedua kita kena ada rasa seronok melampau pada sesuatu tabiat baru (contoh suka sangat bila dapat bangun 6.00 am setiap pagi). Bila hari-hari asuh, nanti automatik akan terbiasa dan nanti tabiat baru ni akan jadi rutin (kebiasaan) setiap hari.

Nak tahu tabiat baru apa yang lagi cepat kita belajar? Baca kat bawah:

Contoh, kita akan terkejut dan bertindak balas bila letak tangan dekat benda panas atau wayar elektrik hidup. Pengalaman ini mungkin sekejap, tapi sepanjang hidup kita takkan sentuh lagi benda-benda kat atas tu. Ini salah satu tabiat baru yang dah pun korang bina tanpa korang sedar. Tabiat ini akan jadi automatik dan kekal sepanjang hidup (kebiasaan).

Berapa lama boleh bentuk tabiat baru?

Menurut pakar, ia mengambil masa 21 hari untuk bina ataupun buang sesuatu tabiat yang sederhana (tabiat yang tak terlalu payah/komplek). Tabiat yang komplek atau payah untuk dijadikan kebiasaan dalam gaya hidup perlu masa yang lebih lama.

21 hari untuk bina atau buang sesuatu tabiat/kebiasaan:

3 minggu mungkin dengar macam mustahil, tapi korang boleh cipta tabiat/kebiasaan sederhana yang sangat bernilai dalam hanya 21 hari.

21 hari, maksudnya tabiat yang sederhana seperti boleh bangun awal pagi pada waktu spesifik, bersenam setiap pagi, tidur malam pada waktu tertentu, tepati masa, plan sebelum ambil keputusan, mulakan hari dengan task yang paling penting dahulu, selesaikan task sebelum buat benda lain.

Kat atas tu adalah tabiat/kebiasaan yang sederhana yang boleh korang bina dengan cepat antara 14-21 hari melalui latihan dan ulangan.

Buat 7 kaedah simple dan powerful ini selama 21 hari:

Simple dan powerful!! Kaedah ini terbukti berkesan untuk membina tabiat/kebiasaan baru dalam hidup korang. Ia seperti satu resipi memask di dapur. Korang boleh guna kaedah ini untuk bina apa sahaja tabiat/kebiasaan yang korang inginkan. Patuhi masa, dan korang akan rasa betapa mudahnya nak gabungkan tabiat baru dalam personaliti hidup korang.

1-    Ambil keputusan dan bertindak
Pertama dan terpenting, ambil keputusan. Bagitahu diri korang yang korang nak start belajar tabiat/kebiasaan baru dan beri tumpuan 100% pada keputusan itu. Tapi, keputusan saja tak cukup, korang kena bertindak. Maknanya, kalau korang nak bangun awal dan bersenam setiap pagi, set kan jam pada waktu tertentu, dan bila jam dah bunyi, cepat-cepat bangun (bertindak) pakai baju sukan dan mulakan sesi bersenam.

2-    Jangan tangguh
Kedua, jangan sesekali tangguh kebiasaan baru yang korang tengah belajar. Jangan bagi alasan, jangan biarkan malas kuasai fikiran. Kalau korang dah set nak bangun pagi pukul 6:00 am, disiplinkan diri bangun dan buat rutin ini setiap pagi sampailah korang nanti automatic boleh bangun sendiri.

3-    Bagitahu orang lain yang korang tengah berlatih tabiat/kebiasaan baru
Ketiga, bagitahu keluarga atau kawan yang korang sedang belajar nak biasakan tabiat baru. Mesti korang akan lebih semangat bila ada orang yang perhati tengok betapa berdisiplin nya korang. Korang akan jadi bersemangat untuk tunjukkan yang korang mampu untuk bina kualiti dalam personaliti.

4-    Gambarkan impian tabiat baru korang
Keempat, bayangkan yang korang dah berjaya biasakan diri dengan tabiat baru, dan bayangkan yang korang hidup dengan rutin tabiat baru tu dan enjoy it. Sebab semakin sering korang bayangkan dan gambarkan, akan lebih mudah dan cepat untuk diri terima tabiat/kebiasaan baru itu dalam kehidupan harian. Diri akan mudah terima tabiat itu dengan cara bawah sedar dan automatik.

5-    Ulang, ulang dan ulang
Kelima, ulang banyak kali latihan yang korang buat. Bila korang selalu ulang maka secara dramatik tabiat baru yang korang belajar tu akan meningkat dengan laju atau (terbiasa dengan korang). Contohnya, korang boleh sebut ayat macam “Aku nak bangun pagi 6:00 am setiap pagi!” Ulang ayat tu setiap sebelum nak tidur. Majoriti orang akan automatic bangun seminit awal sebelum jam loceng berbunyi, dan lain kali korang tak payah guna jam loceng lagi.

6-    Buat berterusan
Keenam, selesaikan setiap perkara dalam hidup korang dengan tabiat yang baru tu, maknanya guna tabiat baru yang korang belajar dalam setiap apa yang korang nak buat, setiap hari sampailah tabiat baru itu jadi sebati dalam diri korang. Apa tanda-tanda dah sebati? Tandanya, korang akan rasa tak selesa atau tak sempurna kalau tak buat tabiat baru itu. Faham kan?

7-    Bagi hadiah pada diri sendiri
Ketujuh dan terakhir, perkara yang sangat penting, bagi hadiah pada diri sendiri sempena latihan selama belajar tabiat/kebiasaan baru. Setiap kali korang hadiahkan diri korang, pastikan dan kukuhkan lagi tabiat baru itu supaya lebih mantap lagi.

Hadiah yang paling nikmat sekali adalah apabila korang Berjaya masukkan tabiat baru itu ke dalam diri bawah sedar atau kita panggil tabiat rutin yang pasti korang buat secara automatik, hasil daripada usaha berterusan mendekati tabiat baru itu.