![]() |
Apa itu Vandalisme |
Kemudahan awam yang disediakan tujuan asalnya adalah untuk membantu diri kita sendiri sebagai rakyat sesebuah negara. Malangnya diri kita ini sanggup merosakkan harta bersama itu tanpa rasa bersalah. Berikut adalah adab menjaga kemudahan awam yang korang patut buat:
1. Menggunakan kemudahan awam mengikut peraturan yang telah disediakan. Jangan sesuka hati atau buat peraturan sendiri.
2. Bertimbang rasa dengan pengguna lain. Mungkin ada pengguna lain yang sangat memerlukan kemudahan itu tetapi malangnya korang dah rosakkan kemudahan awam itu.
3. Melaporkan kerosakan kepada pihak bertanggungjawab. Korang tahu tak, perbuatan ini sebenarnya telah menjadikan korang HERO kerana prihatin dan bertindak segera menyelamatkan harta dan nyawa.
4. Gunakan mengikut keperluan tanpa pembaziran. Jangan sesekali jadikan kemudahan awam seperti harta korang sendiri, dan paling penting jangan bawak balik ke rumah korang.
5. Bertanggungjawab terhadap keselamatan kemudahan awam. Ianya amat penting supaya korang dan pengguna lain selamat menggunakan kemudahan yang disediakan.
SALAH GUNA KEMUDAHAN AWAM YANG PATUT DIHENTIKAN SEKARANG
Penyalahgunaan kemudahan awam selalu terjadi lebih-lebih lagi mereka yang baru mengenali apa itu kemudahan awam atau kita panggil “budak baru nak up” Perbuatan khianat ini antaranya adalah:
1. Menggunakan pili bomba untuk kegunaan peribadi.
2. Membuat panggilan palsu kepada pihak polis, bomba dan lain-lain.
3. Membuang sampah bukan pada tempat yang disediakan.
4. Menconteng papan-papan tanda jalan raya
KEPENTINGAN UNTUK KORANG KEMBALI KE PANGKAL JALAN
Walaupun tindakan korang merosakkan kemudahan awam ini untuk memuaskan nafsu kebudak-budakan itu. Tetapi ingat dan simpatilah kepada masyarakat yang betul-betul memerlukannya. Tolong sangat-sangat kesiankan pada warga emas, OKU dan lain-lain. Berikut kepentingan kemudahan awam:
1. Individu
a. Memberi kemudahan kepada golongan yang kurang mampu.
b. Menjaminkesejahteraan hidup pengguna kemudahan awam.
c. Membantu ketika kecemasan.
d. Menjimatkan perbelanjaan mereka yang kurang mampu.
2. Masyarakat
a. Menjalinkan hubungan silaturrahim.
b. Memupuk semangat perpaduan dan kasih sayang.
c. Melahirkan sikap bertoleransi dan prihatin.
3. Negara
a. Menarik pelancong ke negara kita.
b. Menjimatkan peruntukan kewangan ketika selenggara kemudahan awam.
c. Meningkatkan ekonomi negara.
d. Mencerminkan imej yang hebat kepada negara dan warganya.
CARA TINGKATKAN KESEDARAN MENJAGA KEMUDAHAN AWAM
Semua pihak perlu memainkan peranan penting lebih-lebih lagi diri kita sendiri. Tanya diri kita apa kepentingan kita untuk merosakkan kemudahan awam yang disediakan, tidakkah kita berasa malu kerana berperangai seperti kebudak-budakan? DIINGATKAN!! perbuatan korang ini tidak langsung melambangkan kehebatan. Berikut cara meningkatkan tanggungjawab menjaga kemudahan awam:
1. Mengadakan kempen kesedaran di sekolah, IPT/IPTS, pejabat atau rumah.
2. Menguatkuasakan undang-undang yang sangat tegas supaya pelaku rasa insaf dan ambil pengajaran sampai bila-bila.
3. Memberi atau merangka pendidikan awal kanak-kanak supaya dapat melahirkan generasi yang cinta dan sayangkan kemudahan awam yang disediakan.
SOALAN ADAB MENJAGA KEMUDAHAN AWAM
Berikan 2 adab menjaga kemudahan awam? Cari jawapan di atas dan tulis pada ruangan komen, semoga kalian termasuk golongan mereka yang berbagi ilmu yang bermanfaat.
![]() |
Soalan Adab Menjaga Kemudahan Awam |
0 Comments