Artikel ini ditulis untuk memberi nasihat dan teguran kepada sesiapa yang suka sangat menipu dan berbohong atau mereka yang baru-baru terjerumus ke sifat penipu dan pembohong, sebab itu, baca dahulu artikel ini sebelum ingin melakukan perbuatan dosa ini.

Menipu dan berbohong, dosa ini adalah dosa yang paling banyak dan mudah dilakukan oleh umat manusia. Maka, penting untuk ditekankan supaya kita semua menjauhkan diri dari sifat penipu dan pembohong.

APA ITU MENIPU DAN BERBOHONG
Menipu dan berbohong itu adalah melakukan sesuatu bagi kepentingan diri sendiri atau memudaratkan orang lain.

Hukum bagi pelaku yang menipu dan berbohong adalah HARAM dan BERDOSA.


INI CONTOH PENIPUAN DAN PEMBOHONGAN
+ Meniru ketika ujian peperiksaan
+ Memalsukan dokumen
+ Tidak bercakap benar
+ Memalsukan maklumat atau berita
+ Mengurangkan timbangan dalam jual beli

Firman Allah SWT:
Maksudnya: Kecelakaan besar orang yang curang dalam timbangan dan sukatan iaitu mereka menerima sukatan daripada orang lain, mereka mengambilnya dengan cukup, dan sebaliknya apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka menguranginya. (Surah al-Mutaffifin, 1-3)

KESAN JIKA MENIPU DAN BERBOHONG

Kesan akibat menipu dan berbohong ini sangatlah besar, perbuatan ini bukan sahaja memudaratkan orang lain bahkan diri pelaku juga turut terkesan. Berikut bahaya jika menipu dan berbohong:

+ Masyarakat berpecah
+ Hilang kepercayaan sesama umat
+ Hidup tidak tenteram
+ Jiwa tidak tenang
+ Tidak tergolong dalam golongan orang yang sejahtera
+ Mangsa penipuan menderita dan takut
+ Penipu dan pembohong dimurkai Allah dan masyarakat
+ Boleh berdepan tindakan undang-undang
+ Azab kubur menanti penipu dan pembohong
+ Azab neraka yang perit bagi penipu dan pembohong

Semoga artikel kali ini tentang menipu dan berbohong ini dapat menjentik hati kita semua supaya lebih berhati-hati sebelum melakukan apa-apa tindakan. Semoga kita dijauhkan daripada dosa-dosa menipu dan berbohong. Sebelum itu jawab soalan dibawah.

SOALAN TENTANG MENIPU DAN BERBOHONG

Soalan Berkaitan Menipu & Berbohong
Cadangkan cara menghindari manusia daripada menipu dan berbohong?

Jawab soalan di ruangan komen dan saya doakan dengan jawapan itu kalian tergolong dalam golongan yang menyebarkan ilmu yang bermanfaat. Sekian dulu dari IslamAjar, terima kasih.