Jaket Bomber kini berubah menjadi pilihan pakaian klasik yang dapat meningkatkan penampilan seseorang lelaki dengan penuh gaya.

Pelbagai pereka dan jenama fesyen berlumba-lumba menyajikan inovasi mengenai hasil yang pada ketika dulu pernah menjadi pakaian seragam pesawat pengebom. Inovasi bahan dan struktur fesyen kini menjadi tumpuan jenama-jenama bagi menghasilkan Jaket Bomber yang bermacam jenis.

Jadi, bagaimana cara stylo untuk memadankan jaket bomber dengan gaya harian? Kami mempunyai panduan dan cara untuk bergaya dengan Jaket Bomber yang diringkaskan dalam senarai di bawah.

Jaket Bomber Gaya Casual

Untuk gaya santai (casual) jaket bomber material seperti cotton, parachute, dan neoprene adalah pilihan yang tepat. Akan lebih menarik jika ditambah dengan motif-motif yang unik, seperti motif geometric, lines, dan sebagainya.

Jaket Bomber Gaya Travel

Jaket Bomber tebal, seperti material wool dan nylon, sesuai digayakan untuk travel. Lebih-lebih lagi jika travel ke luar negara yang beriklim sejuk.  Jaket Bomber yang dibuat dengan material wool dan nylon tadi mampu memberikan kehangatan yang cukup bagi tubuh disamping memberi keselesaan kepada korang yang suka travel di negara beriklim sejuk.

Jaket Bomber Gaya Professional

Jaket bomber juga sesuai digayakan dengan gaya profesional atau korporat. Material terbaik untuk gaya ini adalah light parachute yang dipadankan dengan kemeja bermotif simple dan suit chino yang berwarna gelap.