Apabila kita mendengar istilah Hubungan Jarak Jauh, mungkin terdengar pelik dan rumit bagi sebahagian besar mereka yang selama ini menghabiskan waktu bersama setiap hari.

Hubungan Jarak Jauh bagi mereka yang baru merupakan satu situasi dan suasana yang amat sukar berbanding hubungan biasa di mana mereka dapat saling mengenali satu sama lain melalui pertemuan harian, perbualan, tindakan mereka dan belajar tentang satu sama lain.

Sama ada ini adalah pengalaman pertama atau sebelumnya pernah berhubungan jarak jauh, kedua-duanya memiliki masalah umum yang tersendiri. Ramai orang sering bertanya, bagaimana cara untuk mengekalkan hubungan jarak jauh. Jadi, inilah tips yang dapat membantu korang untuk "Survive" dalam hubungan jarak jauh dan menjadikannya "Long Lasting".


Untuk permulaan, korang kena faham yang Hubungan Jarak Jauh adalah hubungan yang tidak sempurna. Ianya bukan perkara mudah. Akan ada satu masa korang akan merasa kesepian dan sedih. Tapi, hubungan jarak jauh ini sebenarnya dapat mengubah perkara-perkara biasa menjadi perkara yang paling bermakna seperti apabila berkesempatan berjalan bersama, berpegangan tangan dan lain-lain.

1- Elakkan Komunikasi Berlebihan

Dalam hubungan jarak jauh, komunikasi adalah kunci. Tapi, seperti perkara lain, terlalu banyak ianya tidak baik. Disini bukannya menyuruh supaya bersikap sombong. Korang perlu menghabiskan banyak masa bersama tetapi korang kena ingat bahawa pasangan korang adalah seorang individu dan dia juga memerlukan ruang tersendiri.

Kebanyakkan mereka yang berhubungan jarak jauh kerap berkomunikasi secara berlebihan daripada yang mereka perlu. Disebabkan ini, lama-kelamaan mereka akan merasa letih dan menyebabkan rasa bosan. INGAT!! sederhana sudah memadai.

2- Jelaskan Setiap Jangkaan Yang Boleh Berlaku

Jelaskan setiap sesuatu perkara yang boleh terjadi di kemudian hari supaya korang lebih bersedia jika timbul apa-apa masalah. Sangatlah penting untuk korang jadi lebih terbuka dengan pasangan. Yaa mungkin terdengar pelik tapi ia dapat menyelesaikan keseluruhan masalah kerana korang dah pun menjangkakan apa masalah yang bakal timbul.

3- Ambil Pengalaman Ini

Daripada memikirkan merumitan hubungan jarak jauh yang memeningkan kepala korang, lebih baik jadikan hubungan jarak jauh ini sebagai ujian cinta antara satu sama lain. Percayalah bahawa melalui pengalaman ini, korang berdua akan jadi lebih kuat bersama-sama.

4- Berkomunikasi secara teratur dan kreatif

Tadi saya kata supaya hindari komunikasi berlebihan, tapi jangan lupa untuk berkomunikasi secara teratur. Sapa satu sama lain setiap hari, "Update Moment" penting, kongsi gambar atau video acara yang korang hadiri, cerita masalah yang korang hadapi, pada dasarnya bersembang satu sama lain dan saling mengenali satu sama lain. Dengan melakukan rutin ini, korang dapat rasa dicintai dan dihargai.


5- Lakukan Semua Perkara Bersama

Main game online bersama, tonton film bersama, bernyanyi, permainan teka-teki, ini akan menciptakan ikatan cinta dan mengelakkan korang dari kata-kata yang berbahaya "setuju!"

6- Tetap setia

Akan mudah bagi perhubungan jarak jauh terganggu dengan lelaki / wanita lain atau seseorang dari masa lalu (kenalan lama) lebih-lebih lagi mereka dekat dengan korang berbanding orang yang korang cintai. INGAT!! korang perlu pastikan apa bahaya sebelum memasuki sesuatu situasi. Jika korang dalam suatu hubungan, ajar diri untuk setia dengan pasangan.

7- Tetap jujur

Beritahu semua tentang perasaan korang seperti masalah atau rasa cemburu sekali pun. Jika korang selalu berahsia dengan pasangan, rahsia itu sendiri dapat menjarakkan ikatan korang berdua dan jarak itu akan menjadikan korang hilang rasa percaya satu sama lain.

Pasangan korang bukan superhero yang boleh baca fikiran. Jangan berharap mereka akan faham semuanya. Jangan cuba untuk menangani semua masalah sendiri. Bersikap terbukalah dan jujur satu sama lain dalam semua suka dan duka korang. Ajak pasangan korang untuk tolong dan bagi sokongan yang korang perlukan.

8- Kunjungi satu sama lain

Tak kiralah berapa lama korang berada dalam hubungan jarak jauh, rancanglah untuk saling bertemu. Ketika korang bertemu setelah sekian lama atau pertama kali dalam hubungan, korang akan dapat rasakan kebahagiaan yang amat sangat "try it".


9- Bagi Hadiah

Ada sesuatu dalam bonet kereta? tidak kiralah apa hadiah sekalipun sama ada rantai, perfeum atau hal-hal kecil lainnya. Kerinduan sekurang-kurangnya terubat dan pasangan akan rasa dirinya dihargai.

10- Jadilah positif

Positif setiap hari dalam semua perkara. Jangan biarkan aura negatif orang lain memusnahkan perhubungan korang. Setiap hubungan itu berbeza, bukan semua orang sama, jadi tidak semua hasilnya akan sama. Jadi tak perlu sangat melayan apa orang nak cakap. Jadilah positif dan teruskan hubungan korang. Pastikan diri korang sibuk dengan hal-hal yang positif.