Hormati Ibu Bapa

Sebagai seorang anak yang masih mempunyai ibu dan bapa, hormatlah mereka, sayangilah mereka. Taat dan patuh kepada ibu bapa adalah suatu perkara yang sangat tinggi kemuliaannya jika kalian tahu hakikatnya, lebih-lebih lagi insan yang bernama ibu.

 APA YANG PATUT KAMU TAHU TENTANG IBU BAPA KAMU
+ Orang yang paling berjasa
+ Melahir dan membesarkan kamu
+ Sanggup korban kepentingan diri demi anak
+ Kamu wajib taat dan berbuat baik pada ibu bapa walaupun berbeza agama
+ Haram menyinggung perasaan ibu bapa sekali pun dengan perkataan “ah” maka anak itu berdosa besar dan dimurkai. Ia wajib bertaubat dan mohon ampun pada ibu bapa
+ Patuh arahan ibu bapa kamu selagi tidak bertentangan dengan Islam

Firma Allah SWT:
Maksudnya: Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripadanya atau kedua-duanya telah tua dalam jagaanmu, maka janganlah engkau berkata dengan mereka “ah” (kasar) dan janganlah kamu menengking mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (sopan-santun). (Surah al-Israk, 23)

APA PERLU BUAT JIKA IBU BAPA TELAH TIADA
Tahukah kamu!! Keluarga kita yang telah meninggal dunia diizinkan Allah SWT untuk melihat amalan dan perkara yang kita lakukan di muka bumi ini.
Maka, sebagai seorang anak yang sayang dan hormat kepada ibu bapa, dinasihatkan untuk melakukan amalan ini:
+ Jauhi perbuatan dosa
+ Sentiasa berbuat kebaikan
+ Doakan keampunan dan rahmat Allah untuk mereka
+ Bayar hutang yang ditinggalkan
+ Kekalkan hubungan silaturrahim dengan sahabat mereka
+ Tunaikan wasiat mereka selagi tidak bercanggah dengan agama serta tidak memudaratkan

NASIHAT KEPADA YANG TELAH KETIADAAN IBU BAPA
Jika kamu tergolong dalam golongan mereka yang telah tiada ibu bapa, ketahuilah bahawa Allah sayang ibu bapa kamu, kasih sayang Allah itu mengatasi kemurkaan.

Tahukah kamu, kenapa ujian besar ini ditimpa ke atas kamu? Kerana kenyataan Allah ke atas takdir Nya itu menetapkan bahawa kamu adalah orang yang kuat, mampu dan luar biasa.

Allah sangat tahu kenapa dan mengapa, teruskan bersabar kerana masa kemenangan kamu sudah sangat dekat, bersabarlah sedikit lagi dan selepas itu kamu akan menjadi hamba Allah yang paling gembira di akhirat kerana janji Allah kepada orang yang sabar itu sangatlah indah.

SOALAN TENTANG IBU BAPA

Contoh perkara yang membawa kepada penderhakaan kepada ibu dan bapa?

Soalan Berkaitan Ibu & Bapa
Jawab soalan ini di runagan komen.

Semoga dengan jawapan itu kalian tergolong dalam golongan orang-orang yang berbagi ilmu bermanfaat mengenai hormat ibu bapa. Jom dakwah

Terima kasih.