Agama Islam mengajar umatnya supaya jangan sesekali melakukan kejahatan dan kekerasan termasuk perbuatan mencuri dan merompak. Hukum merompak dan mencuri adalah HARAM dan BERDOSA BESAR kerana mengganggu ketenteraman masyarakat dan negara.

Firman Allah SWT:
Maksudnya: Lelaki dan perembuan yang mencuri, potonglah tangan mereka sebagai balasan terhadap apa yang mereka lakukan. Sebagai satu pencegahan daripada Allah dan ingatlah Allah Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana. (Surah al-Maidah, 38)

Apa itu mencuri? Mencuri adalah mengambil hak orang lain secara tersembunyiyang disimpan di tempat simpanannya tanpa izin.


Firman Allah SW:
Maksudnya: Bahawasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan rasulNya serta melakukan kerosakan di bumi ialah dengan dibunuh (kalau membunuh) atau disalib (kalau membunuh dan merampas) atau dipotong tangan atau kaki secara bersilang (kalau merampas sahaja) atau dibuang negeri (kalau mengganggu ketenteraman awam). Yang demikian itu adalah satu kehinaan bagi mereka di dunia, dan akhirat mereka beroleh azab siksa yang besar. (Surah al-Maidah, 33)

Apa itu merompak? Merompak adalah mengambil hak orang lain secara kekerasan yang disimpan di tempat simpanannya tanpa izin.


HUKUMAN BAGI PENCURI DAN PEROMPAK
Hukuman terhadap pencuri jika disabitkan kesalahan ialah dipotong tangannya sama ada pencuri itu lelaki atau perempuan.

SYARAT-SYARAT UNTUK JATUHKAN HUKUMAN POTONG TANGAN
+ Pencuri itu mesti seorang yang cukup umur dan sempurna akal
+ Sebab kecurian itu dilakukan bukanlah kerana terlalu lapar atau miskin tetapi dengan perbuatan jenayah
+ Harta yang dicuri itu adalah kepunyaan orang yang tertentu dan mencukupi nisab
+ Kecurian itu dilakukan dengan kemahuan sendiridan bukan dipaksa
+ Barang yang dicuri itu telah disimpandi tempat selamat yang sewajarnya

KENAPA MENCURI DAN MEROMPAK BOLEH TERJADI
Jika kalian memiliki atau terjebak dengan salah satu senarai dibawah, dinasihatkan supaya beringat, berhati-hati dan jauhkan diri daripada perbuatan dosa.

+ Bergaul dengan rakan yang jahat
+ Kurangnya pendidikan agama
+ Terpengaruh dengan kemewahan hidup
+ Sikap tamak pada sesuatu
+ Dengki pada seseorang (mangsa)
+ Tidak bersyukur dengan nikmat Allah
+ Malas mencari rezeki yang halal
+ Mencari jalan pantas dan mudah

LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN
Praktikkan apa yang IslamAjar akan tulis dibawah, semoga kaedah ini berjaya untuk membasmi aktiviti pencurian dan rompakan. Berikut langkah-langkah penyelesaian nya:

+ Memberi kesedaran kepada masyarakat akibat buruk perbuatan mencuri dan merompak
+ Kerjasama anggota masyarakat untuk mengawasi perbuatan tersebut
+ Menghayati Islam dalam hidup dengan mengingati Allah
+ Ingatkan diri tentang azab Allah
+ Pastikan barang-barang berharga disimpan di tempat selamat

AKIBAT BURUK MENCURI DAN MEROMPAK

Individu
+ Dipandang hina oleh masyarakat
+ Hilang kepercayaan orang ramai pada dirinya
+ Dihukum dengan hukuman setimpal
+ Dipulau dan disisih oleh masyarakat
+ Azab ketika mencabut nyawa (sakaratulmaut)
+ Azab kubur
+ Azab neraka

Masyarakat
+ Perancangan tidak dapat dilaksana dengan sempurna
+ Masyarakat tidak tenteram
+ Timbul pergaduhan dan permusuhan
+ Masyarakat hidup dalam kebimbangan

SOALAN TENTANG MENCURI DAN MEROMPAK

Soalan Berkaitan Mencuri Merompak
Cadangkan langkah mengatasi kecurian dan rompakan?

Jawab soalan di ruangan komen dan semoga dengan jawapan itu IslamAjar mendoakan kalian agar tergolong dalam golongan pengajar ilmu yang bermanfaat. Terima Kasih