"Dia Merosakkan Hati dan Mengotorkan Amalan, Jika Kamu Ingin Mengenalinya, Dialah Dosa" (IslamAjar)

Pernahkah kalian tertanya-tanya mengapa manusia mudah dan sering melakukan dosa, padahal sudah diberi peringatan dan amaran. Agama Islam sendiri banyak memberi amaran dan nasihat supaya menjauhkan diri dari melakukan dosa.

BERIKUT SEBAB KENAPA MANUSIA SERING MELAKUKAN DOSA:
+ Sikap angkuh dan sombong kerana harta, pangkat atau gelaran.
+ Terpengaruh dengan kawan yang sering melakukan perbuatan dosa.
+ Ingin hidup bebas tanpa sebarang undang-undang dan peraturan agama.
+ Memandang ringan dengan peringatan azab di akhirat
+ Pentingkan diri sendiri tanpa menghiraukan kesan dan akibat kepada makhluk lain.
+ Ingin mencari jalan mudah dan cepat serta malas mencari rezeki yang halal.
+ Sifat dengki sehingga sanggup memperkecil atau mengkhianat orang lain.

INI DIA DOSA BESAR YANG MESTI DIHINDARKAN
+ Menghina dan menderhaka kepada ibu bapa
+ Lari dari medan perang
+ Menipu dan berbohong
+ Mencuri dan merompak
+ Memakan harta anak yatim
+ Riba
+ Mengumpat dan memfitnah
+ Membunuh
+ Zina dan rogol

Semoga kita semua dijauhkan dari perbuatan-perbuatan dosa dan menjadi hamba Allah SWT yang sentiasa bertaubat (kembali) kepada Allah SWT. Mari kita bersama-sama berpesan agar terhindar dari perbuatan dosa.

SOALAN BERKAITAN DOSA
Apakah faktor-faktor manusia melakukan dosa?

Soalan Berkaitan Dosa
Cari jawapan di atas dan jawab soalan di ruangan komen. Semoga dengan jawapan itu kalian tergolong dalam golongan mereka yang memberi ilmu bermanfaat, Aminn dan terima kasih kerana support kami ;)