“Kalau Kau Tak Pernah Buat Silap, Maknanya Kau Bukan Manusia, Kita Semua Tahu Manusia Itu Buat Silap”

 Kata-kata kat atas mungkin boleh jadi mantra untuk sesiapa yang nak atasi ketakutan pada kegagalan yang pernah mereka alami.
Jangan sesekali takut kalau korang pernah buat silap sebab “Kesempurnaan takkan pernah hadir pada manusia sebelum kegagalan hadir terlebih dulu” ingat kata-kata itu dan bangkit teruskan apa yang patut korang buat untuk capai matlamat korang.
Jika korang nak jadi seseorang yang lebih berkualiti, korang kena mula dan bina sesuatu yang baru dalam diri korang sama ada skill baru atau ilmu baru, dan jangan pernah takut jika terjadi kesilapan dan kegagalan, jangan risau jika korang tersilap.
Sesuatu kegagalan yang terjadi semasa proses memperbaiki diri – itulah yang kita mahukan. Jika korang tak pernah tersilap, korang tak tapat pergi jauh dalam hidup ini.
 “Seseorang yang takut mengambil risiko sangat susah untuk dapat apa yang dia impikan”. Gagal, silap, kalah, tersungkur adalah sebahagian ketentuan dalam kehidupan yang pasti akan terjadi. Apa  yang penting, jangan hidup dalam keadaan takut dengan kegagalan.
Dalam hidup ini, setiap tindakan perlu dibuat dengan segera untuk merebut sebanyak mungkin peluang sebelum peluang itu pergi pada orang lain. Tak kira apa sahaja peluang sama ada ilmu, perniagaan, pekerjaan dan apa-apa sahaja.
Dalam perniagaan atau dalam kehidupan pribadi sekali pun, masa adalah penentu segalanya, kalau lambat bertindak sebab terlalu takutkan kegagalan, maka kita akan tertinggal jauh ke belakang, SANGAT JAUH!!
"Ragu-ragu, kebencian, kekeliruan dan takut pada kegagalan bukanlah ciri yang sepatutnya ada dalam diri manusia yang gunakan akal fikiran”
Individu yang hebat mesti selalu ada ikhtiar atau inisiatif – berani untuk buat keputusan, bertindak, sanggup dan rela mengambil risiko serta berpendirian tinggi walaupun harus berhadapan dengan pandangan (opinion) orang lain.
"Kegagalan dan Kejayaan datang dari tempat yang sama, iaitu perbuatan, Jadi, kenapa takut untuk bertindak? Boleh jadi ada kejayaan yang menanti".
Seseorang yang takut mengambil risiko amat sukar untuk menemukan kejayaan. Sebab itu korang kena buang rasa takut pada kegagalan dan bertindaklah, kerana “Kegagalan dan kejayaan takkan hadir tanpa tindakan, sebab tu jangan takut untuk bertindak”
“Kegagalan yang paling gagal adalah gagal untuk bertindak disaat tindakan diperlukan”
Ingat prinsip ini:
Sematkan kata-kata ini dalam jiwa korang: “bertindak pantas, tapi jangan tergesa-gesa”. Kata-kata tadi bermaksud supaya korang cepat buat keputusan, ambil tindakan, putuskan apa yang akan dilakukan dan lakukannya.
Gagal untuk bertindak adalah kegagalan yang paling besar. Pedulikan ketakutan, bertindak dengan pantas tapi jangan tergesa-gesa supaya matlamat dapat dicapai tanpa tercicir satu pun kepingan kejayaan. Terapkan kata motivasi ini beserta tindakan. Jangan takut dengan kesilapan, bahkan walau terpaksa hadap kegagalan.
Jika keputusan korang tidak tepat dan tak berhasil - Gagal:
Korang sentiasa boleh untuk menoleh kebelakang seketika dan tengok balik apa kesilapan yang boleh diperbetul. Belajar dengan pengalaman, kalau korang ada belajar sesuatu dengan pengalaman ini, ianya hebat, tapi kalau korang tak double-check diri sendiri, maka pengalaman gagal ini akan jadi sia-sia. “Jangan sia-siakan apa sahaja yang lintas dalam hidup kita, walaupun ianya suatu kegagalan”.
KIASAN: Jika seorang jurulatih bola sepak menggantikan pemainnya dan tiba-tiba pemain itu buat silap dalam perlawanan, adakah keputusan jurulatih itu salah? Sudah tentu tidak. Ia Cuma tidak berkesan pada waktu itu dan keputusan yang dibuat berdasarkan pengalaman lepas dan tanpa tekanan emosi. Korang ambil keputusan itu dengan bersebab, tapi ia cuma tak berkesan pada masa itu. Bukan semua perkara selalu betul pada masanya, dan ini sangat normal dalam hidup kita. Jangan risau sangat, sebab kalau korang terlalu bimbang, mengeluh dengan kegagalan adakah ia berbaloi, tak, dan buang masa.
Apa patut korang buat: Fokus pada persediaan perancangan masa depan, bertindak pantas dan jangan sakitkan diri sendiri jika hasilnya tak memuaskan korang.
“Jika kita biarkan rasa takut dengan kegagalan memerangkap diri kita dari bertindak, maka kita tidak akan pernah mampu untuk mencapai potensi sebenar kita.”