“Manusia biasanya berubah kerana dua sebab: inspiration or desperation ilham atau terdesak”. Disini sangat penting untuk ditekankan mengenai kepentingan untuk bertanggungjawab dengan diri sendiri supaya berubah untuk jadi lebih positif dan bukannya negatif.


1. Diri lebih positif dan kehidupan boleh jadi lebih baik
“Manusia akan dapat apa sahaja kemahuannya jika ia ubah sikapnya”
Jika korang belajar tentang personal development dan didik diri untuk memperbaiki kelemahan diri, nanti korang akan jadi lebih baik dan positif. Korang boleh buktikan dan tunjukkan kepada orang lain sejauh mana kemampuan korang boleh mencapai kehidupan yang lebih baik.
“Kalau nak jadi kaya dan bahagia, perbaiki diri sendiri dan bukannya perbaiki pekerjaan”.
2. “Memperbaiki diri sendiri adalah usaha yang takkan pernah berakhir”
Statement ini yang selalu buat aku tak nak putus asa untuk ubah dan baiki diri untuk jadi lebih baik. Ya, aku mengaku ini kerja yang bukan mudah tapi perlu ingat urusan pembangunan diri sendiri (self-development) berjalan seumur hidup dan kita patut teruskan. Ingat, Sentiasa bekerja keras, bentuk dan latih diri untuk tingkatkan keyakinan diri.
3. Apa kita nak jadi adalah lebih penting dari apa yang kita nak dapat
Percaya tak? Apa kita jadi adalah lebih penting dari apa kita dapat. Soalan yang penting untuk ditanya dalam alam pekerjaan bukanlah “apa yang aku dapat?” tetapi, kita patut tanya “apa aku boleh jadi?” dapat dan jadi adalah 2 perkara yang berkait rapat, “apa aku boleh jadi mempengaruhi apa yang aku boleh dapat”. Fikir macam ni, kebanyakkan apa yang korang dapat hari ini adalah hasil dari apa korang jadi sekarang. Sebab itu korang kena mula sedar dan mula perbaiki diri untuk jadi seseorang yang lebih berkualiti.
4. Kelebihan/kemahiran diri lebih hebat dari hanya sekadar bergaji besar
Individu bergaji besar sebenarnya tak mampu mengatasi kelebihan individu yang memiliki personaliti yang berkualiti. Orang yang tinggi percaya diri sebenarnya lebih hebat dari orang yang bergaji besar tapi keyakinan dirinya rendah. Ada duit yang banyak sebenarnya tak berguna langsung jika diri kita tak mampu nak uruskannya dengan baik, jadi dengan mempelajari personal development akan menjadikan korang lebih bertanggungjawab untuk menguruskan semua itu.
“Untuk memiliki lebih dari apa yang ada sekarang, jadilah lebih dari diri anda sekarang”.
Mulalah risau dengan kelemahan diri, dan mulalah belajar personal-development