Korang boleh guna artikel ini sebagai rujukan untuk manfaat kehidupan berumah tangga.

Nasihat ini adalah daripada pengalaman seorang wanita yang pernah bercerai selepas 8 tahun berkahwin dan nasihat ini sangat berguna untuk korang yang nak jadi isteri orang.

Perhubungan rumah tangga akan berjaya bila mana suami dan isteri masing-masing saling memberikan cinta. Tapi terkadang bilamana tidak dapat mempertahankan cinta itu, disini terdapat beberapa tips dan nasihat bagi para isteri untuk mengekalkan cinta dalam perkawinan.

Carilah apa kebaikan yang pasangan korang ada: Mungkin ada banyak hal yang korang sukai atau tidak suka dalam diri pasangan korang. Tapi cubalah untuk selalu fokus pada sisi positif pasangan daripada mencari negatif (kelemahan). Korang kena ingat tidak ada manusia yang sempurna termasuk diri sendiri.

Berhubungan intim dengan pasangan: Betul tak gurau! Keintiman fizikal adalah penting untuk emosi pasangan yang sudah berkahwin. Bercintalah dengan pasangan secara teratur dan hubungan ini boleh menyimpan memori indah di antara korang berdua.

Beri dia masa peribadi: Beri pasangan masa yang dia perlukan untuk menghabiskan semua tugasnya dengan sendiri. Kadang-kala adalah lebih baik untuk membiarkannya bersendirian sekali-sekala.

Terima dan ketawa apabila dia berjenaka: Semua orang ingin menjadi lucu atau berlakon seperti orang lain walaupun mereka sebenarnya tidak. Sekiranya pasangan korang cuba melawak. Gelak dan ketawalah supaya pasangan korang berasa dihargai.

Puji kelelakian nya: Lelaki mana yang tak ingin dipuji. Mungkin ketika suami korang berjaya baiki paip rosak, lalu mengapa korang tidak mahu memuji dia sedangkan korang boleh memujinya.

Jangan terlalu kerap cuba untuk mengubah pasangan: Korang mungkin sudah mencubanya, mengubah perkara-perkara tentang dia yang korang tidak suka. Mungkin cara dia berpakaian atau cara dia memotong rambutnya. Tapi janganlah risau sangat, Terimalah pasangan korang dan letakkan dia di tempat yang paling utama.

Bertanggungjawab atas setiap tindakan korang: Bertanggungjawab atas semua tindakan yang dilakukan. Jangan selalu mengambil kredit untuk semua hal baik dan menyalahkan pasangan atas hal-hal buruk.

Selalu ada ketika dia memerlukan: Pasangan adalah teman sejati, di waktu istirahat, dia akan mencari dan korang harus ada di sisinya, perkara ini boleh meningkatkan lagi rasa kecintaan bersama.

Jangan banyak membebel atau mengeluh ketika suami pulang: Dia baru balik dari kerja dan dia lalui hari itu tanpa korang. Jadi, dia balik ke rumah itu untuk melihat wajah korang. Jadi, biarkan dia bersantai. Tanyakan padanya bagaimana harinya dan berbual dengannya tentang hal-hal yang sederhana dan tak memeningkan.

Elakkan berbual tentang lelaki lain: Elak perbualan yang boleh merendahkan pasangan. Tidak kiralah betapa dia mempercayai korang, ia tetap tidak akan merasa selesa mendengar cerita tentang lelaki lain dari korang, lebih-lebih lagi sesuatu yang berkaitan kelemahan pasangan dan kelebihan orang lain.

Jangan takut untuk berkongsi: Tak ada yang salah jika korang membuka dan memberitahu masalah korang kepada pasangan. Bahkan, ini akan membuat ikatan perhubungan lebih kuat.

Jadi diri sendiri dan terbuka: Jangan ragu untuk jadi lebih terbuka untuknya. Dia seharusnya mengenal korang lebih dalam. Ini akan membantu pasangan korang untuk lebih mempercayai.

Biarkan dia mencintai korang ikut keinginannya: Semua orang tidak menunjukkan cinta dengan cara yang sama. Ada orang menunjukkan cinta dengan memberikan bunga dan ada juga orang menunjukkan cinta dengan "text" ayat romantik dan lain-lain. Jadi biarkan dia menunjukkan cintanya dengan cara tersendiri, yang paling penting adalah keikhlasan.

Terima masa lalu: Jika korang ingin menjadi sebahagian dari hidup pasangan, terimalah masa lalunya. Itu adalah cara terbaik untuk mengatasi pelbagai masalah.

Jangan biarkan masalah kewangan mengganggu hubungan korang: Masalah kewangan adalah faktor paling besar sesebuah pernikahan itu gagal. Cubalah untuk mengatasi masalah ini dengan baik dan jangan sesekali memperkecil pasangan masing-masing.

Minta nasihat mereka yang berpengalaman: Nasihat yang kecil dari seseorang yang berpengalaman sebenarnya mampu memberi kesan besar dalam kehidupan rumah tangga korang. Minta nasihat dan bantuan dari orang yang sudah berkahwin dan kekal bahagia, minta tips darinya.

Selalu mencintai dan memaafkan: Untuk memiliki hubungan perkahwinan yang kekal, korang berdua harus saling memaafkan. Sangatlah normal untuk membuat kesalahan dan jika kita tidak dapat memaafkan, sangat susah untuk mengekalkan hubungan perkahwinan.

Mungkin dengan mengikuti langkah-langkah di atas mampu membantu untuk mengekalkan perhubungan perkahwinan. Jika kedua pasangan ingin dan bersedia untuk bernikah, maka tips ini dapat membantu korang. Jika tips dan nasihat yang kami berikan ini tidak lengkap, beri tahu kami di bagian komen.