Kunci utama dalam seni mendengar adalah jangan fikir apa yang korang nak katakan padanya sementara orang itu sedang bercakap. Maksudnya, bila seseorang sedap bercakap, jangan pula kita mengelamun berfikir macam-macam.

Apa yang patut korang buat: Diamkan fikiran dan dengar betul-betul apa yang nak disampaikan, kerana proses mendengar kadang-kala memerlukan daya sedar yang kuat untuk betul-betul memahami dan faham apa yang nak disampaikan.
Pentingnya Mendengar Dengan Efektif:
“Untuk menjadi pemimpin yang hebat, wajib menjadi pendengar yang hebat” kerana kejayaan biasanya akan tercapai bila mana kita sering bertanyakan ‘how’ berbanding mengatakan ‘no’.
Dengar setiap apa yang ingin dikatakan oleh mereka yang berada di bawah pengawasan pemimpin/ketua. Dengar dengan sebaik-baik dengar, tipu dengar (fake) sebenarnya lebih teruk daripada tak buat apa-apa.
Mendengar Dengan Konsisten Akan Mencipta Peningkatan (improvement) yang Konsisten:
"Sangat mudah untuk seseorang merasa selesa dan puas bila mana terpilih menjadi pemimpin/ketua. Korang akan dibuai dengan kedudukan itu hingga terlupa tanggungjawab yang sangat besar sedang dipikul, terutama sekali apabila korang sedang menikmati kejayaan. Tak salah bergembira dengan kejayaan, tapi kena ingat bahawa perjalanan kumpulan/perniagaan bahkan diri sendiri masih panjang dan untuk menempuh itu, perancangan perlu dibuat dan yang paling penting sekali, jangan biarkan kedudukan korang sebagai pemimpin/ketua menghalang korang dari mendengar apa sahaja yang nak diberitahu ahli/pekerja.
“Sebab utama kenapa kita sukar untuk kekal di atas adalah kerana sekali kita sampai di atas, kita lupa yang kita juga boleh jatuh kebawah” sebab itu jangan sesekali berhenti untuk mendengar dan belajar walaupun korang seorang pemimpin/ketua.
“Kemajuan takkan mudah tercapai bagi orang-orang yang malas menggunakan telinga” Baritahu diri masing-masing - Jika ingin didengari, maka dengarlah. Terus berusaha cari cara terbaik dan bukannya semata-mata berkeras dengan cara sendiri.
Sebagai seorang pemimpin/ketua, korang kena yakin secukupnya untuk menggunakan/memanfaatkan individu/ahli/pekerja yang tidak takut untuk bersuara dan menyuarakan pendapat mereka. Tapi, kalau hanya korang sahaja yang bersedia mendengar, ianya tak memberi kesan apa-apa jika tak ada ahli/pekerja yang ingin menyuarakan pendapat mereka. Sebab itu, sebagai seorang pemimpin/ketua, korang kena beritahu semua ahli/pekerja yang korang bersedia mendengar sebarang cadangan, ya, apa sahaja.
Cara Nak Mendalami Pendapat/Cadangan Yang Bercanggah:
Sebagai seorang pemimpin/ketua, jangan ambil mudah dengan segala pendapat yang dicadangkan, lebih-lebih lagi pendapat yang paling bercanggah dengan pendapat korang. Apa yang patut korang buat: Selidik pendapat yang paling bercanggah tadi dan tanyakan sebab dan bincangkan akibat dari pendapat itu, jangan terus buang pendapat yang bercanggah sebab boleh jadi pendapat itu adalah pendapat yang paling terbaik.
Dengan mendengar pendapat/cadangan orang yang tak sependapat dengan korang tak bermakna itu suatu perkara yang sia-sia, sebaliknya jika korang dalami pendapat/cadangan itu, mungkin korang boleh gabungkan pendapat/cadangan korang dengan orang lain menjadi sebuah perancangan yang lebih efektif.
Bagaimana nak bekerja dengan orang yang paling bercanggah dengan kita?
"Ada kalanya kita berbeza dengan strategi atau falsafah masing-masing. Perbalahan itu ditakdirkan bukanlah suatu hal yang sia-sia jika korang perhatikan betul-betul, tetapi kadang-kadang percanggahan pendapat berlaku supaya suatu idea yang lebih hebat boleh dirangka dan sekaligus meredakan ego manusia, ingat, ego sangat tidak baik dalam agama.
Bergembiralah apabila cabaran demi cabaran hadir dalam sesebuah organisasi/kumpulan/perniagaan, kerana ini bermakna setiap ahli/anggota/pekerja/rakan seperjuangan sebenarnya mengambil berat dan bersemangat untuk menaikkan organisasi pimpinan korang.
“Kejatuhan dan kegagalan takkan terjadi selagi tidak timbul sikap tak ambil peduli”.
Pemimpin/ketua boleh untuk menyuruh semua ahli/pekerja mengutarakan idea-idea yang berbeza atau mungkin bahkan bercanggah dengan idea pemimpin/ketua itu sendiri. Percayalah, falsafah ini sangat berkesan kerana percanggahan ini berlaku kerana keperihatinan tulen setiap ahli/anggota, ya, inilah yang kita perlukan.
Hormat Ahli/Pekerja Korang:
Pemimpin/ketua kena betul-betul ambil berat tentang pendapat/cadangan/idea orang bawahannya, dan perlu benar-benar ambil berat mengenai hasil perbincangan mereka.
Seorang pemimpin/ketua juga patut memperlakukan ahli/pekerja dengan penuh hormat dan ini antara sebab utama kenapa ahli/pekerja akan terus berkhidmat untuk korang dan sanggup ‘berkering tekak’ memberi pendapat dan idea semata-mata untuk kebaikan organisasi/kumpulan yang korang pimpin.
“Pemimpin hebat tidak memandang tentangan terhadap ideanya sebagai perkara yang memalukan, sebaliknya sebagai keperluan penting dalam kepimpinannya”.