Terdapat berjuta-juta Black Holes di galaksi kita, dan kebanyakannya masih belum ditemui.
Sebelum ini V616 Mon adalah Black Hole yang paling terdekat dengan kita terletak kira-kira 3000 tahun cahaya dari Bumi.

Baru-baru ini para saintis mengkaji HR 6819 iaitu yang merupakan sistem bintang yang saling mengorbit.

Pemerhatian mereka menunjukkan bahawa ada objek ketiga yang daya tarikan graviti mempengaruhi bintang-bintang tersebut.
Penyelidikan terperinci menunjukkan bahawa terdapat Black Hole berjisim kecil kira-kira 4 kali ganda daripada besar Matahari mengorbit dengan bintang-bintang ini.
Ia terletak hanya 1000 tahun cahaya dari Bumi menjadikannya Black Hole itu terdekat yang ditemui setakat ini.