Berikut sedikit kisah mengenai Nabi Adam a.s dan Hawa dalam surah Al-Baqarah ayat 30 hingga 38.
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah ayat 30-38
bermaksud :–
(30) Dan (ingatlah) ketika tuhanmu berfirman kepada para
Malaikat, “Aku hendak menjadikan khalifah di bumi.” Mereka (malaikat) berkata “apakah Engkau ingin
menjadikan orang yang merusak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami
bertasbih memuji-Mu dan mengucikan nama-Mu? ”Dia berfirman, sesungguhnya Aku
mengetahui apa yang kamu tidak ketahui.”
(31) Dan Dia ajarkan kepada Adam nama-nama semuanya,
kemudian Dia perlihatkan kepada para malaikat, seraya berfirman, “Sebutkan
kepada-Ku nama semua ini, jika kamu yang benar!”
(32) Mereka menjawab, “Mahasuci Engkau, tidak ada yang
kami ketahui selain apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami. Sungguh,
Engkaulah Yang Maha Mengetahui, Maha Bijaksana.”
(33) Dan (Allah) berfirman, “Wahai Adam! Beritahukanlah
kepada mereka nama-nama itu!” setelah dia (Adam) menyebutkan nama-namanya, Dia
(Allah) berfirman, “Bukankah telah Aku katakan kepadamu, bahawa Aku mengetahui
rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang
kamu sembunyikan?”
(34) Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para
malaikat, “Sujudlah kamu kepada Adam!” Maka mereka pun sujud kecuali Iblis.
Ia menolak dan menyombongkan diri, dan ia termasuk golongan yang kafir.
(35) Dan Kami berfirman,
“Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga, dan makanlah
dengan nikmat (berbagai makanan) yang ada di sana sesukamu. (Tetapi) Janganlah
kamu dekati pohon ini, nanti kamu termasuk orang-orang yang
zalim!”
(36) Lalu syaitan
memperdayakan keduanya dari syurga sehingga keduanya dikeluarkan
dari (segala kenikmatan) ketika keduanya di sana (syurga). Dan Kami berfirman,
“Turunlah kamu! Sebahagian kamu menjadi musuh bagi yang lain. Dan bagi kamu ada
tempat tinggal dan kesenangan di bumi sampai waktu yang ditentukan.”
(37) Kemudian Adam menerima
beberapa kalimat dari Tuhannya, lalu Dia pun menerima taubatnya.
Sungguh, Allah Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang.
(38) Kami berfirman,
“Turunlah kamu semua dari syurga! Kemudian jika benar-benar datang petunjuk-Ku
kepadamu, maka barang siapa mengikuti petunjuk-Ku, tidak ada rasa takut pada
mereka dan mereka tidak bersedih hati.”
Maksud :-
1. Khalifah =
Pengganti, pemimpin atau penguasa.
2. Iblis =
Iblis termasuk kelompok jin dan termasuk yang diperintah untuk sujud.
3. Janganlah kamu dekati pohon ini =
Menurut syaitan, siapa yang memakan buah pohon ini, akan kekal di dalam syurga,
(lihat Surah Taha 20: 120)
4. Nanti kamu termasuk orang-orang yang
zalim = Zalim ertinya aniaya. Orang yang zalim
ialah orang yang melakukan perbuatan aniaya, yang merugikan dirinya sendiri
mahupun orang lain.
5. Syaitan memperdayakan keduanya dari
syurga = Nabi Adam A.S dan Hawa memakan buah pohon yang
dilarang itu, yang mengakibatkan mereka diusir Allah dari syurga dan diturunkan
di dunia.
6. Kalimat =
Kalimat itu menurut sebahagian mufasir adalah ucapan untuk memohon ampunan
(taubat).
Semoga kisah Nabi Adam Dan Hawa Dalam Surah Al-Baqarah ini dapat menjadi kesedaran kepada kita supaya sentiasa mematuhi perintah Allah S.W.T dan menjauhi godaan-godaan syaitan. Semoga bermanfaat.
0 Comments