![]() |
| ismafahreen.blogspot.com |
Pada ketika itu ada salah seorang di kalangan mereka
bertanya kepada Rasulullah. ”Ya Rasulullah, Bagaimanakah jika kami ingin tahu
contoh orang yang sudah mati”. Jawab Baginda S.A.W, ”Jika kamu ingin melihat
orang yang sudah mati, lihatlah orang yang sedang menunggang kuda itu”, yang
dimaksudkan Rasulullah S.A.W ialah Saidina Abu Bakar R.A yang pada ketika itu
sedang menunggang kuda.
Saidina Abu Bakar ketika itu belum lagi mati dan masih dalam
keadaan hidup. Walaupun masih bernyawa, ia sudah dianggap mati oleh Rasulullah
S.A.W. Inilah contoh tauladan dan panduan yang hendak disampaikan oleh
Baginda S.A.W. Bagi menunjuk dan
mengambarkan bahawa yang dimaksudkan dengan mati itu, bukanlah bermaksud mati
bercerai nyawanya dari jasad, tetapi mati yang merujuk kepada mati sifat
maknawi (mati sifat keduniaan).
Semasa hayat Saidina Abu Bakar R.A, beliau telah menyerahkan
(mematikan) segala sifat zahir dan batinnya kepada Allah S.W.T dan Rasulnya.
Saidina Abu Bakar R.A telah memanfaatkan jasadnya kepada jalan Allah S.W.T.
Beliau menggunakan dan merelakan tubuh badannya mengikut ketetapan Allah S.W.T.
Dengan menggunakan tubuh badan serta tenaga yang ada padanya untuk membantu
mereka-mereka yang memerlukan bantuan. Bantuan dari segi tenaga, nasihat dan
wang ringgit.
Dalam kehidupan Saidina Abu Bakar R.A, beliau menggunakan
tubuh badannya bertujuan untuk membantu orang lain tanpa mementingkan diri
sendiri dan tanpa mengharapkan balasan untuk dirinya.
Apabila membantu orang lain, bererti ia juga membantu Allah,
apabila berbuat baik sesama makhluk, bererti berbuat baik kepada Allah. Bagi
menunjukkan kebaikan kepada Allah, perlulah berbuat baik kepada makhluk.
Sepanjang hidup Saidina Abu Bakar R.A, beliau telah mematikan dirinya daripada
menjadi hamba nafsu dan hamba dunia.
Beliau mengabdikan dirinya hanya semata-mata demi Allah dan
Rasulnya. Beliau sedikit pun tidak mengharapkan balasan atau ganjaran samaada
daripada orang ataupun Allah S.W.T. Inilah yang dimaksudkan mati sebelum mati.
Beliau melaksanakan kebajikan adalah semata-mata kerana Allah S.W.T dan bukan
untuk syurga atau bukan kerana takutkan neraka, bukan untuk mendapat pahala
atau balasan Allah, inilah sebenar-benar ikhlas. Saidina Abu Bakar R.A berserah
segala ketetapan hidup dunia dan akhirat hanya kepada Allah dan Rasulnya.
Inilah yang dimaksudkan ”mati” oleh baginda S.A.W terhadap Saidina Abu Bakar
R.A.
Maksud mati dalam kisah ini adalah merujuk kepada mati sifat
zahir dan sifat batin untuk berserah kepada Allah S.W.T. Mengaku dengan
keyakinan yang kuat, bahawasanya sifat yang kita miliki itu adalah kepunyaan
dan hak milik Allah S.W.T.
Firman Allah S.W.T: ”Padahal Allah-lah yang menciptakanmu dan
apa yang kamu perbuat itu.” (QS. As-Shaffat 37: 96)
Firman Allah S.W.T: ”Setiap bencana yang menimpa di bumi dan
yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz)
sebelum Kami mewujudkannya. Sesungguhnya, yang demikian itu mudah bagi Allah.”
(QS. Al-Hadid 57: 22)
Wallahu A’lam Bish Shawab.





0 Comments