Hati lain mulut lain adalah perkataan yang popular dan sering digunakan oleh KAUM yang bergelar
”PENGUMPAT atau PENGFITNAH”. Mereka menggunakan perkataan ini untuk menutup
keburukan diri sendiri. Tak tahulah mereka faham ke tidak perkataan ini. Mereka
ini seolah-olah tak tahu dari mana datangnya perkataan-perkataan keji yang
terzahir di bibir mulutnya sendiri. Seolah-olah tak pernah belajar (sekolah)
yang segala perkataan yang keluar dari mulutnya sebenarnya datang daripada
hatinya sendiri.
Mereka tidak suka melihat orang lain lebih senang daripada
dirinya dan selalu mencari keburukan atau kesalahan orang lain untuk dijadikan
bahan perbualan. Mereka tidak sedar yang sebenarnya hati mereka telah hitam dan
kotor. Sebab hanya orang yang mempunyai hati kotor sahaja akan berani membuka
aib seseorang dan mengeluarkan kata-kata yang buruk dan kesat.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Tidak masuk
syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Rasulullah S.A.W bersabda bermaksud: “Adakah kamu
mengetahui apakah ghibah (mengumpat)?
Sahabat menjawab: “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.”
Lalu Baginda meneruskan sabdanya: “Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara
yang tidak disenanginya.” Lalu ditanya oleh seorang sahabat: “Walaupun saya
berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?” Rasulullah S.A.W
bersabda: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada
dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya
bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis Riwayat Abu Hurairah)
Ingatlah!!! Kita tetap dikira berdosa walaupun kita beralasankan
mulut lain hati lain. Dosa perbuatan ini bukan dikira mengikut alasan yang kita
bagi, tetapi dosa ini dikira atas dasar larangan Allah dan hati orang yang kita
keji itu sama ada dia terasa atau tidak. Sebab itu kita apabila nak bercakap
sebaiknya fikir dahulu. Kita hidup ini bukan perlu jaga hati diri sendiri saja,
tapi hati orang lain juga wajib kita jaga dan hormat.
Firman Allah S.W.T: Wahai orang-orang yang beriman!
Jauhilah kebanyakan dari prasangka, kerana sebahagian dari prasangka itu dosa,
dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada di
antara kamu yang mengumpat sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang
suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan
bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha
Penyayang". (QS Al-Hujurat 49: 12)
Hentikanlah amalan bergosip, prasangka, mengumpat,
mengfitnah, mengherdik dan membuka aib seseorang. Sebab perbuatan ini bukanlah
satu dosa kecil, tapi adalah dosa besar. Dosa perbuatan terkutuk ini juga tidak
akan terampun dengan hanya bertaubat menadah tangan kepada Allah. Tetapi perlu memohon
ampun sendiri kepada orang yang dikeji itu. Itu pun kalau diampunkan, kalau
tidak, tanggunglah sendiri di akhirat nanti.
Semoga dengan Sifat Penyayang Allah S.W.T, Allah akan
melembutkan hati orang yang kita berlaku dosa terhadapnya supaya mengampunkan
dosa-dosa kita terhadap diri dia. Berdoalah supaya Allah memudahkan urusan. Ingatlah, segala percakapan yang berbunyi di mulut itu semuanya datang dari hati. "JIKA KAMU INGIN MENGENAL HATI SESEORANG ITU, LIHATLAH PERKATAAN YANG TERKELUAR DARI MULUTNYA, KERANA ITU MENGGAMBARKAN HATINYA"
Wallahu
A’lam Bish Shawab.
0 Comments