Lihatlah antara tanda kebenaran islam, lihatlah apabila
Allah mengzahirkan atau memperlihatkan tanda-tanda kebesaran-Nya di alam ini. Kadang-kadang
kita terlihat di langit, pokok, daging
dan di tubuh kita sendiri kalimah Allah atau kalimah Muhammad dalam bahasa
arab. Cuba fikir, kenapa semua kalimah itu terjelma dalam bahasa arab? Kenapa
tidak dalam bahasa atau tulisan yang digunakan agama Kristian, Yahudi, Buddha,
Hindu atau agama lain? Jawapannya, sebenarnya Allah ingin menunjukkan kepada
kita yang agama Islam ini adalah satu-satunya agama yang benar.
Firman Allah – ”Dan
barang siapa mencari agama selain Islam, dia tidak akan diterima, dan di akhirat
dia termasuk orang yang rugi.” (QS. Ali-Imran 3: 85)
Kita semua tahu satu-satunya agama yang menggunakan bahasa
arab adalah agama Islam. Fikirlah wahai manusia, Kenapa masih ragu-ragu dan
menolak agama islam? Atau, adakah kamu semua sebenarnya sudah tahu tentang
kebenaran Islam tetapi ingin menyumbungikan kebenaran ini supaya kedudukan
pangkat atau darjat kamu tidak terjejas?
Percayalah, sesungguhnya pangkat dan harta adalah hak
milik Allah, walau di mana pun kita berada, sesungguhnya Allah lah yang memberi
rezeki kepada hamba-Nya. Ketahuilah, kehidupan di akhirat (syurga) adalah lebih
hebat nikmatnya dan kita tetap kekal di sana.
Hari ini kita boleh lihat tanda-tanda kebesaran Allah di
mana-mana pun, dan sebenarnya sebelum perkara ini terjadi, Allah telah
memberitahu kita melalui Al-Quran yang bermaksud: - "Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kebesaran) Kami di
segenap penjuru dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka
bahawa Al-Quran itu adalah benar. Tidak cukupkah (bagi kamu) bahawa Tuhanmu
menjadi saksi atas segala sesuatu? (QS. Fussilat 41: 53)
Berikut antara gambar-gambar bukti kehebatan Allah dan tanda kebenaran agama Islam:-
“Dan
orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, akan Kami biarkan mereka
berangsur-ansur (ke arah kebinasaan), dengan cara yang tidak mereka ketahui.
(QS. Al-A’raf 7: 182)
Wahai saudaraku, Pililah islam sebagai peganganmu sebelum
terlambat (mati), agama Islam bukan sahaja mengajar kita untuk menjadi orang
baik di dunia ini, malah Islam turut mengajar kita untuk menjadi hamba yang
terbaik di sisi Allah serta cara mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat.
"Apabila kami (orang islam) berdakwah, kamu menolaknya. Apabila alam berdakwah, semoga kamu tidak menolaknya."
Perhatikanlah segala yang terjadi di alam ini dan juga pada diri kamu sendiri, semuanya mempunyai Tanda-Tanda Kebenaran Agama Islam yang dapat memberi kesedaran kepada diri kita sendiri. Semoga bermanfaat.
Wallahu A’lam Bish Shawab.












0 Comments