Apa Yang Dimaksudkan Demam Denggi.

Demam Denggi adalah sejenis penyakit bawaan nyamuk, Jenis Demam Denggi yang lebih bahaya adalah Demam Denggi Berdarah. Demam Denggi disebabkan oleh sejenis virus yang boleh berjangkit apabila seseorang digigit oleh nyamuk Aedes yang membawa virus Demam Denggi.

Penyakit ini boleh menyerang semua peringkat umur terutama kanak-kanak di bawah 15 tahun. Ia juga boleh mengakibatkan maut.

Tanda-Tanda Demam Denggi.
  1. Demam kuat yang mengejut.
  2. Berdarah pada badan, hidung dan mulut.
  3. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot dan rongga biji mata.

Bagaimana Demam Denggi Berjangkit.
  1. Nyamuk Aedes menggigit pesakit Demam Denggi.
  2. Pesakit Demam Denggi mengandungi virus Denggi di dalam badannya.
  3. Nyamuk Aedes membawa virus Demam Denggi di dalam badannya.
  4. Seorang yang sihat digigit nyamuk Aedes.
Jika terdapat tanda-tanda Demam Denggi, sila dapatkan rawatan segera di klinik atau hospital kerana dibimbangi demam akan semakin mudarat dan boleh menyebabkan kematian.