Jalan Raya adalah antara tempat yang banyak berlaku kematian. Punca utama berlakunya kemalangan sebegini kerana sikap segelintir masyarakat yang memandang ringan impak memandu dalam keadaan keletihan. Kemalangan sebegini boleh terjadi pada bila-bila masa, tetapi masa yang paling kerap ialah pada pukul 10.00 malam sehingga 8.00 pagi dan awal pagi sehingga tengah hari.

Punca-Punca Keletihan Semasa Memandu.

1.     Memandu untuk jangka masa yang lama tanpa rehat.


2.     Mengambil ubat-ubatan seperti (Antihistamin, Antihipertensi, Sedatik atau Diuretik).


3.     Mengambil alkohol.


4.     Memandu lewat malam atau awal pagi, iaitu waktu yang pada kebiasaannya anda tidur.


5.     Masalah kesihatan.


6.     Senaman yang berlebihan.


7.     Tekanan perasaan.


8.     Kurang tidur dan rehat.



Tanda-Tanda Keletihan.

1.     Kerap menguap dan mengantuk.


2.     Keliru dan pemikiran kabur.


3.     Tidak dapat ingat apa yang berlaku dalam tempoh beberapa minit.


4.     Murun dan mudah baran.


5.     Badan terasa melayang dan tersengguk-sengguk.


6.     Sukar untuk membuka mata, sengal badan, penat, mengawal stering tidak tentu arah.


7.     Gagal menumpukan perhatian.


8.     Peningkatan sensitivity mata terhadap cahaya (tidak tahan silau).


9.     Tindak balas dan reaksi yang lambat.


10.   Khayal atau berangan-angan.



Apa Yang Perlu Dilakukan & Diamalkan Jika Keletihan.

1.     Perlahankan kereta.


2.     Berhhenti dan berehat di tempat yang sesuai.


3.     Berbual dengan penumpang.


4.     Pasang radio dan menyanyi mengikut alunan radio.


5.     Turunkan cermin kereta agar udara segar masuk.


6.     Keluar dari kereta dan regang-regangkan badan.


7.     Berhenti rehat untuk minum atau mandi.


8.     Tidur di tempat yang sesuai dan selamat, ½ jam atau 1 jam.

Keletihan bukanlah suatu perkara yang kecil dan simple, memandu dalam keadaan letih boleh mencetus kemalangan kepada anda dan kepada kenderaan yang berhampiran dengan anda. Berhati-hatilah semasa memandu dan fikirlah keselamatan anda, keluarga dan orang yang berhampiran dengan anda. Jangan disebabkan kesalahan dan kelalaian anda, orang lain yang tidak berdosa menjadi mangsa kemalangan.