Nyamuk mempunyai banyak jenis antaranya nyamuk Aedes, Nyamuk Aedes sangat merbahaya dan boleh menyebarkan virus demam denggi yang boleh mengakibatkan maut.

Kenali Nyamuk Aedes.
  • Aedes mempunyai belang hitam putih pada kakinya
  • Aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan waktu senja
  • Aedes membiak di dalam air jernih yang bertakung seperti di dalam pasu-pasu bunya, kolam mandi, tayar buruk, perangkap semut, saluran bumbung dan lain-lain bekas simpanan air

Kitaran Hidup Nyamuk Aedes.




















Tempat Nyamuk Aedes Membiak Di Luar Rumah.
  • Tayar buruk
  • Tempurung kelapa
  • Botol atau gelas pecah mengandungi air
  • Saluran air hujan
  • Tempayan
  • Kolam (kolah mandi)
  • Alas pasu bunga
  • Tangki air
  • Tunggul pokok pisang, pokok keladi dan lubang pokok
  • Tin-tin terbiar
  • Semua bekas-bekas plastik
  • Telaga
  • Lain-lain tempat atau bekas yang boleh menakung air

Tempat Nyamuk Aedes Membiak Di Dalam Rumah.
  • Kolah (kolah mandi)
  • Perangkap air peti sejuk
  • Perangkap semut
  • Alas pasu bunga

Kesimpulan.

Pastikan kawasan dalam dan luar rumah bersih daripada tempat pembiakan nyamuk Aedes. Jika terdapat tanda-tanda demam denggi apabila digigit Nyamuk Aedes, sila dapatkan rawatan segera di klinik atau hospital sebelum penyakit menjadi lebih mudarat. Berhati-hati, Denggi Membawa Maut.