Operasi – OPS Perangi Aedes
Tempat – Di Sekitar Kawasan Rumah.
Masa – Setiap Hujung Minggu.
Musuh – Nyamuk Aedes.
Tentera – Diri Anda Sendiri.

Perangi nyamuk aedes sebelum mereka menjajah rumah anda dan musnahkan keluarga anda.

Kumpulkan keluarga untuk bersama-sama bergotong-royong membersihkan kawasan sekitar rumah pada setiap hujung minggu. Luangkan sedikit masa untuk musnahkan semua tempat pembiakan atau tempat yang boleh menakung air. Periksa bekas-bekas berikut bagi memastikan tiada tempat pembiakan Nyamuk Aedes.

1.    Bekas jambangan bunga.
-       Berus dan salin airnya setiap minggu.
-       Letak bahan pembunuh jentik-jentik.
-       Gunakan gel sebagai pengganti air.

2.    Kolah air.
-       Berus dan cuci setiap minggu.
-       Letak bahan pembunuh jentik-jentik.

3.    Dulang peti sejuk.
-       Tutup dengan rapat.
-       Berus dan cucu setiap minggu.
-       Letak bahan pembunuh jentik-jentik.

4.    Pam Tandas.
-       Jika rosak baiki segera.
-       Tutup dengan rapat.
-       Bubuh bahan jentik-jentik.

5.    Bekas makanan polisterin.
-       Buang dalam tong sampah yang bertutup.

6.    Bekas simpanan air.
-       Berus dan cuci setiap minggu.
-       Tutup dengan rapat.
-       Letakkan bahan pembunuh jentik-jentik.

7.    Alas pasu bunga.
-       Berus dan cuci setiap minggu.
-       Bubuh pembunuh jentik-jrntik jika terdapat takungan air.

8.    Pasu bunga.
-       Gemburkan tanah setiap minggu.
-       Pastikan tidak terdapat takungan air.

9.    Botol dan tin.
-       Kumpul dan lupuskan dengan sempurna.
-       Simpan di tempat yang terlindung dari hujan.

10.  Tayar lama.
-       Letak di tempat yang terlindung dari hujan.
-       Letak bahan pembunuh jentik-jentik.
-       Lubangkan tayar jika perlu.
-       Susun dengan baik dan tutup rapat di bahagian atas.

11.  Saluran longkang yang tersumbat.
-       Pastikan tidak ada sampah yang boleh menyebabkan longkang tersumbat.
-       Buang dan lupuskan sampah yang menyebabkan air bertakung.
-       Cuci dan bersihkan longkang setiap minggu.

12.  Lantai koridor yang bersampah & tidak rata.
-       Buang dan lupuskan sampah yang menyebabkan air bertakung.
-       Ratakan lantai dengan simen yang baru.
-       Bersihkan koridor setiap minggu.

13.  Bekas makanan / minuman haiwan peliharaan / ternakan.
-       Terbalikkan bekas jika tidak digunakan supaya tidak menakung air.
-       Basuh dan tukar air setiap minggu.

14.  Semua bekas plastik.
-       Buang air yang bertakung.
-       Kumpul dan lupuskan dengan sempurna.

15.  Perabot rosak.
-       Kumpul dan lupuskan dengan baik.
-       Simpan di tempat yang terlindung dari hujan.

JANGAN BACA SAHAJA, BERTINDAK SEKARANG! Luangkan sedikit masa pada setiap hujung minggu supaya di sekitar kawasan rumah kita bersih dan selamat dari nyamuk aedes serta selamat dari risiko menghidap demam denggi. (AWAS DENGGI MEMBUNUH)

MEMBANTERAS DENGGI TANGGUNGJAWAB BERSAMA