Penjagaan tayar perlulah diambil kira dalam memastikan keselamatan pemanduan kita di jalan raya. Di sini terdapat beberapa panduan keselamatan dan tips penjagaan tayar yang akan diterangkan secara ringkas.

Penyelenggaraan Tayar Yang Sempurna.

  • Amatlah penting untuk memeriksa tekanan angina tayar seminggu sekali, hendaklah lebih kerap dilakukan apabila selalu berjalan jauh.


  • Anda perlu memeriksa tekanan angina tayar dengan tolok (pressure gauge) waktu tayar sejuk. 


  • Maklumat tekanan angin tayar yang betul boleh didapati pada pelekat khas dipintu pemandu.

  • Adalah disarankan tayar diselenggara setiap 10,000 km perjalanan.

  • Jangan gunakan tayar yang bunganya sudah haus atau botak.


  • Pemilihan tayar yang tepat penting untuk keselamatan, keselesaan, kawalan pemanduan dan ekonomi anda. 


  • Pastikan tekanan angin sentiasa mencukupi bagi tayar ganti.


  • Sentiasa pastikan tayar yang baru atau tayar yang masih tebal bunganya dipasang di bahagian belakang.


  • Sentiasa pastikan skru (bolt) tayar dipasang dengan betul dan kemas.


  • Jangan membawa lebih muatan daripada kemampuan tayar.


  • Tayar perlu diganti jika terdapat kesan rekahan, tanda haus tidak sekata atau terdapat benjol atau bengkak di permukaan bunga atau dinding tayar.

  • Patuhi had laju yang dibenarkan di jalan raya serta amalkan cara pemanduan yang selamat.


Punca-Punca Penyebab Tayar Meletup.

1. Kurang tekanan angina dalam tayar.

2. Tayar terlebih tekanan angin.

3. Membawa lebih muatan dari had kemampuan tayar.

4. Terlanggar objek atau lubang yang besar pada permukaan jalan.

5. Penggunaan tayar melebihi jangka hayat.

6. Penggunaa tayar yang sedia rosak seperti terdapat benjolan dan koyak.

7. Penggunaan melebihi dari tanda paras amaran botak (TWI).

8. Gaya pemanduan melebihi kemampuan tayar.

9. Pemilihan tayar yang salah seperti had berat dan indek kelajuan lebih rendah dari penggunaan asal (Bacaan indek berat dan kelajuan lebih rendah dari spesifikasi pengilang kenderaan).

10.Tidak menyelenggara tayar dengan sempurna seperti pengabaian penjajaran dan pengimbangan tayar (Wheel Alignment & Balancing).

11.Terdapat kesan rekahan pada dinding dan lapisan bunga tayar.

12. Proses pembaikan dan penampalan selepas kebocoran yang tidak betul.


Bila Tayar Perlu Ditukar.

1.  Lapisan bunga menyentuh tanda paras amaran botak (tread wear indicator) atau capai ukuran minima 1.6mm.

2.  Terdapat rekahan, tanda haus yang tidak sekatipermukaan bunga/dinding tayar.

3.  Pernah pancit lebih 5 kali di kawasan permukaan bunga tayar (tayar yang sama) atau lubang pancit (punctured hole) berdekatan antara satu sama lain (anggaran 1 inci).

4.  Pancit di dinding (side wall) atau bahu tayar sebelah bawah (lower shoulder).

5.  Kecederaan atau kerosakan pada dinding tayar.

6.  Bunga tayar yang tidak sekata akibat daripada pakir yang lama.

7.  Tayar  yang digunakan telah melebihi 5 tahun penggunaannya.

8.  Sila hubungi kedai tayar yang bertauliah untuk pemeriksaan dan maklumat lanjut.

Panduan Pembelian Tayar.

1.  Pastikan tayar yang dibeli mempunyai tanda (SIRIM) MS 1394.



2.  Tukarlah tayar apabila bunga tayar menyentuh tanda paras amaran botak “Tread Wear Indicator” (TWI)


3.  Tayar perlu diganti jika terdapat:-

-    Kesan rekahan.
-    Tanda haus tidak sekata.
-    Benjol/bengkak di permukaan bunga atau dinding tayar.

4.  Pemilihan tayar yang tepat penting untuk keselamatan, keselesaan, kawalan pemanduan dan ekonomi anda (saiz, indeks muatan dan kelajuan).

Kerosakan pada tayar antara punca utama kemalangan di jalan raya, Sebelum memulakan perjalanan, sebaiknya pastikan terlebih dahulu keadaan tayar supaya perjalanan lebih selamat. Elaklah diri dan keluarga dari tragedi!! Anda Mampu Mengubahnya.

Untuk menyemak tayar yang diluluskan oleh SIRIM sila layari laman web www.malaysiancertified.com.mySemoga bermanfaat kepada yang membaca.