Sebelum menggunakan Aerosol dan Repellent, sebaiknya baca terlebih dahulu panduan penggunaanya bagi memastikan supaya ia dilakukan dengan betul dan selamat serta berkesan untuk mengawal nyamuk Aedes.

Aerosol.
Semburan aerosol adalah satu kaedah semburan racun serangga bagi membunuh nyamuk Aedes dewasa.

1. Sila patuhi arahan penggunaan pada lebel botol aerosol untuk keselamatan anda.

2. Sebelum membuat semburan aerosol pastikan semua pintu dan tingkap ditutup rapat.

3. Sembur aerosol 5 hingga 10 saat dan biarkan tertutup sekurang-kurangnya 10 minit sebelum masuk semula.

4. Sembur di tempat yang gelap dan terlindung seperti bawah meja, belakang almari, bawah katil dan stor barang/peralatan yang kebiasaannya menjadi tumpuan nyamuk.

PERINGATAN!
Lakukan semburan aerosol di rumah anda di waktu puncak nyamuk Aedes menggigit iaitu awal pagi (6 pagi – 8 pagi) dan lewat petang (6 petang – 8 malam).

Penggunaa aerosol hanya membunuh nyamuk Aedes dewasa tetapi tidak membunuh jentik-jentik Aedes. Langkah paling berkesan menghapuskan nyamuk Aedes adalah mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Repellent.
Penghalau nyamuk adalah sejenis bahan yang disapukan/disembur pada bahagian kulit, pakaian atau permukaan badan lain untuk menghalang dan mencegah nyamuk (atau arthropod lain) daripada hinggap dan menggigit manusia, Penghalau nyamuk boleh dibeli di farmasi dan kedai serbeneka. Senarai outlet yang menjual penghalau nyamuk boleh didapati di Facebook CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia.

Cara penggunaan penghalau nyamuk.

1.    Baca arahan penggunaan pada lebel produk.
2.    Penghalau nyamuk perlu disapu/disembur pada bahagian kulit yang terdedah.
3.    Elakkan menyapu penghalau nyamuk pada kulit yang luka.

PERINGATAN!
Penggunaan penghalau nyamuk hanya melindungi diri anda daripada digigit nyamuk tetapi tidak membunuh nyamuk. Langkah paling berkesan menghapuskan nyamuk Aedes adalah dengan memusnahkan bekas-bekas yang boleh menakung air bagi mencegah pembiakan nyamuk Aedes.