Di sini akan berkongsi secara ringkas antara tips keselamatan jalan raya sebelum memulakan perjalanan yang jauh. Sebelum menempuh perjalanan yang jauh,anda mesti mengutamakan keselamatan diri dan kenderaan dengan merancang sebaik-baiknya.

Tips Keselamatan Jalan Raya.

1.     Pastikan jarak kereta anda.
-    Pastikan anda berada pada jarak yang munasabah selamat dengan kereta di hadapan. Jangan mengekori kereta di depan anda dengan terlalu rapat A.K.A mencucuk kenderaan lain.
-    Ini boleh menyebabkan pemandu hadapan bertindak agresif sama ada terus memecut atau tiba-tiba brek.
-    Jalan raya atau pun rebuh raya bukan tempat untuk menunjuk-nunjuk.

2.     Pelbagai aksi dilakukan dalam kereta.
-    Siap posing ambil gambar sendiri, menulis Tweet, membaca Facebook, menaip SMS, Whatsapp, Wechat dan bersolek. Semua ini akan mengakibatkan gangguan semasa memandu. Sebaiknya kekal fokus semasa memandu.

3.     Pakai tali pinggang keledar.
-    Pastikan semua orang memakainya, emak, ayah, abang, adik,datuk, nenek.

4.     Patuhi peraturan jalan raya.
-    Laluan kecemasan adalah untuk kecemasan. Lampu merah tanda berhenti, kuning untuk sedia berhenti dan hijau boleh bergerak JIKA selamat.

5.     Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong.
-    Jangan teragak-agak ketika memotong.
-    Pastikan tiada kenderaan di sisi kenderaan anda sebelum memotong.
-    Periksa cermin sisi dan cermin pandang belakang sebelum melakukan penukaran lorong.

6.     Bersopan santun.
-    Jalan raya bukannya tempat pembuangan sampah. Letakkan bakul sampah kecil di dalam kereta untuk membuang sampah seperti kulit kacang, kulit pisang, tisu, pembungkus makanan dan puntung rokok. Semestinya kita semua tidak mahu melihat kulit pisang terbang ke arah kita!

7.     Kereta anda bukan sebuah katil basar.
-    Meskipun anak anda memang cukup kecil untuk menyelit dan tidur di mana-mana tempat yang disukainya, misalnya tempat duduk belakang, lantai kereta dan ruang kargo pada MPV. Namun, jangan biarkan anak-anak anda tidur sebarangan.

8.     Muatan yang berlebihan sangat berbahaya.
-    Memuatkan kereta dengan penumpang dan barang yang berlebihan boleh mengundang bahaya.

9.     Bersiap sedia.
-    Pastikan semua nombor kecemasan di catat atau disimpan dalam telefon bimbit. Anda tidak akan menyesal apabila anda betul-betul memerlukannya nanti.

Tips Pemeriksaan Kereta.

1.     Periksa keadaan minyak petrol/diesel.

2.     Periksa keadaan minyak enjin.

3.     Pemeriksaan kemampuan brek.

4.     Pemeriksaan minyak power stering.

5.     Pemeriksaan fungsi wiper.

6.     Pemeriksaan getah wiper.

7.     Pemeriksaan keadaan, tekanan dan bunga tayar.

8.     Pastikan tayar ganti berkeadaan baik.

9.     Pemeriksaan asap ekzos.

10.   Pemeriksaan bawah lantai tempat parking kereta.

11.   Pemeriksaan bateri basah.

12.   Pemeriksaan bateri kering.

13.  Periksa suhu dan tahap air kereta anda.

14.   Periksa keperluan barang-barang penting untuk dibawa dalam kereta:-

-    Botol kosong boleh digunakan untuk mengisi air atau minyak bila keadaan terdesak.

-    Pastikan mempunyai jack tyre beserta spanar buka tayar.

-    Ada lampu picit  semasa dalam keadaan kecemasan seperti kereta rosak pada waktu malam.

-    Jumper battery dan spanar tool box perlu disediakan dan cukup lengkap.

-    Juga mempunyai peti kecemasan (First aid tool perlu ada dalam simpanan)

Elak dari mencelah-celah di antara kenderaan lain. Biasanya mencelah ini dilakukan oleh penunggang motosikal, tetapi pemandu kereta juga melakukan aktiviti ini. Perbuatan ini sangat berbahaya walaupun anda fikir anda mampu melakukan. Tapi INGAT, sekali tersilap jalan, MAUT menimpa. Rancanglah perjalanan anda, pastikan kenderaan telah diservis dan mendapat informasi lebuh raya yang bakal dilalui untuk ke destinasi serta dapatkan tidur dan rehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan, jika kepenatan di tengah perjalanan, berhentilah untuk berehat terlebih dahulu. Sebagai pemandu yang baik, sepatutnya anda menjadi contoh kepada pemandu lain dan anak-anak anda kerana kanak-kanak akan mencontohi cara anda memandu.


WUJUDKANLAH SUASANA HARMONI DAN HORMAT-MENGHORMATI KETIKA BERADA DI JALAN RAYA