Firman Allah S.W.T bermaksud: Dan
Dia menundukkan apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi untukmu
semuanya (sebagai rahmat) dari-Nya. Sungguh, dalam hal yang demikian itu
terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berfikir. (QS. Al-Jasiyah (45): 13)
Dulu dan
sekarang sangat berbeza, zaman dahulu manusia bersusah payah untuk meneruskan
hidup. Hari berganti hari, dunia sekarang dipenuhi dengan pelbagai ilmu yang
dapat dimanfaatkan untuk mengatasi masalah dan memudahkan kehidupan. Hakikat
sebenarnya Allah telah tundukkan alam ini kepada manusia melalui kurniaan
ilmu-Nya kepada manusia.
“Tidaklah Allah menurunkan suatu
penyakit, melainkan telah menurunkan untuknya penawar, hal itu diketahui oleh
orang yang mengetahuinya dan tidak diketahui oleh orang yang tidak
mengetahuinya.” (Riwayat Ahmad, At Thobrany dan
dinyatakan sebagai hadis sahih oleh Al Hakim)
Allah menundukkan alam dengan pemberian ilmu kepada manusia, ilmu adalah penawar bagi manusia untuk membantu mengatasi masalah dan menundukkan alam.
Dalil Al-Quran Allah tundukkan lautan.
Allah lah yang menundukkan laut
untukmu (manusia) agar kapal-kapal dapat berlayar di atasnya dengan
perintah-Nya, dan agar kamu dapat mencari sebahagian kurnia-Nya, dan agar kamu
bersyukur. (QS. Al-Jasiyah (45): 12)
Dan Dialah yang menundukkan lautan
(untuk mu), agar kamu dapat memakan daging yang segar (ikan) darinya, dan (dari
lautan itu) kamu mengeluarkan perhiasan yang kamu pakai. Kamu (juga) melihat
perahu berlayar padanya, dan agar kamu mencari sebahagian kurnia-Nya, dan agar
kamu bersyukur. (QS. An-Nahl (16): 14)
Tidakkah engkau melihat bahawa Allah
telah menundukkan apa yang ada di bumi untuk kegunaan kamu, dan (demikian juga)
kapal-kapal yang belayar di laut dengan perintahNya? Dan Ia pula menahan langit
daripada runtuh menimpa bumi, kecuali dengan izinNya; sesungguhnya Allah Amat
melimpah belas kasihanNya dan rahmatNya kepada umat manusia. (QS.
Al-Hajj (22): 65)
Sekarang
bencana kapal karam semakin hari semakin berkurangan didengar, dengan kurniaan
ilmu-Nya kapal dapat dibina dengan canggih dan dilengkapi pula dengan sistem-sistem
yang dapat membantu dalam mengatasi masalah yang bakal dihadapi.
Dalil Al-Quran Allah tundukkan haiwan.
Firman Allah (QS. Yasin (36): 71-73)
bermaksud:
(71) Dan tidakkah mereka
melihat bahawa Kami telah menciptakan haiwan ternakan untuk mereka, iaitu
sebahagian dari apa yang telah Kami ciptakan dengan kekuasaan Kami, lalu mereka
menguasainya?
(72) Dan Kami menundukkannya
(haiwan-haiwan) untuk mereka, lalu sebahagiannya untuk menjadi tunggangan
mereka dan sebahagian untuk mereka makan.
(73) Dan mereka beroleh
berbagai manfaat dan minuman darinya. Maka mengapa mereka tidak bersyukur?
Zaman
berganti zaman, aktiviti berburu semakin berkurangan untuk mencari sumber
makanan. Kini kebanyakan manusia hanya menternak haiwan-haiwan untuk
kelangsungan hidup, semua ini dimudahkan oleh Allah dengan kurniaan ilmu-Nya
yang dapat memandu manusia menundukkan haiwan.
Dalil Al-Quran Allah tundukkan angin.
Firman Allah S.W.T bermaksud:
Kemudian Kami tundukkan kepadanya angin yang berhembus dengan baik menurut
perintahnya ke mana saja yang dikehendakinya, (QS. Shad (38): 36)
Penciptaan
kapal terbang sebenarnya membuktikan kurniaan ilmu Allah kepada manusia, dengan
ilmu itu maka angin dapat ditundukkan dengan izin-Nya.
Dalil Al-Quran Allah tundukkan malam,
siang, matahari, bulan dan bintang-bintang.
Pada zaman
dahulu mungkin agak berat diterima mengenai tertunduknya lautan, haiwan dan angin
kepada manusia. Tetapi kini semuanya terbukti dengan ledakan ilmu-ilmu yang
dapat merialisasikan semua itu. Selain itu, Allah juga berfirman dalam surah An-Nahl ayat 12 yang bermaksud:
Dan Dia
menundukkan malam dan siang, matahari dan bulan untukmu (manusia), dan
bintang-bintang dikendalikan dengan perintah-Nya. Sesungguhnya pada yang
demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang
mengerti, (QS. An-Nahl (16): 12)
Allah
menyatakan bahawa Dia akan menundukkan malam, siang, matahari, bulan dan
bintang-bintang kepada manusia. (ALLAH HU AKBAR) cuba fikir, selain lautan,
haiwan dan angin, Allah juga berkehendak mengurniakan ilmu alam yang hebat ini
kepada manusia.
Cuba
bayangkan, adakah umat manusia di masa depan bakal menguasai galaksi ini?
Tidak mustahil,
sebab segala yang Allah ciptakan di alam ini semuanya bersifat berguna dan
bukan sia-sia. Masih banyak lagi ruang di alam ini yang belum diterokai oleh
manusia, mungkin pada suatu hari nanti semua planet bakal dijelajahi oleh
manusia bahkan mungkin jauh dari itu.
Wallahu A’lam Bish
Shawab.
0 Comments