Bagaimana cara dan
formula untuk ingat Allah dalam
setiap masa dan perkara yang kita lakukan, biasanya kita hanya mengingati
Allah hanya pada waktu IBADAH sahaja dan lupa apabila melakukan aktiviti lain. Sebagai
seorang hamba mukmin semestinya kita ingin sentiasa ingat kepada Allah dalam
setiap perkara dalam kehidupan kita dan tidak terhad hanya ketika ibadah
sahaja, kerana umat Islam semua tahu bahawa sumber ketenangan hati adalah
dengan mengingati Allah S.W.T.
Allah
S.W.T. berfirman : ”(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi
tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati
menjadi tenteram.” (QS. Ar-Ra’d, 13: 28)
PERSOALAN di sini bagaimana cara atau formula yang
patut umat Islam gunakan untuk mengingati Allah pada setiap masa dan setiap
perkara yang dilakukan?
JAWAPANNYA!!
Firman Allah S.W.T bermaksud: "Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, pergantian
malam dan siang, kapal yang belayar di laut dengan (muatan) yang bermanfaat
bagi manusia, apa yang diturunkan Allah dari langit berupa air, lalu dengan itu
dihidupkan-Nya bumi setelah mati (kering), dan Dia tebarkan di dalamnya
bermacam-macam binatang, dan perkisaran angin dan awan yang dikendalikan antara
langit dan bumi, (semua itu) sungguh merupakan tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran." (QS.
Al-Baqarah 2: 164)
Siapakah yang dimaksud oleh Allah kaum yang menggunakan akal fikiran?
Orang-orang yang dimaksudkan Allah sebagai kaum yang
menggunakan akal fikiran ialah sepertimana yang di sebutkan dalam surah Ali'Imraan
yang bermaksud:
"(Iaitu) orang-orang yang mengingat Allah semasa berdiri,
duduk atau dalam keadaan berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi
(sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah
Engkau menjadikan semua ini sia-sia, Maha Suci Engkau, lindungilah kami
dari azab neraka. (Ali 'Imraan 3: 191)
Orang-orang (kaum) yang menggunakan akal fikiran adalah
mereka yang memerhatikan kejadian langit dan bumi (seluruh alam), dan dengan
pandangan mereka itu dapat membantu mereka melahirkan perasaan ingat kepada
Allah S.W.T.
Cara
dan Formula untuk mengingati Allah sebenarnya telah tertulis dalam Al-Quran:-
Melihat
Kejadian Langit dan Bumi (SELURUH) + Guna Akal Fikiran = Perasaan Ingat Pada Allah.
Maka, mari kita guna akal fikiran dan lihat pada seluruh
alam dan pada diri kita sendiri kerana semua itu bukanlah suatu perkara yang
sia-sia malah ia mempunyai tanda-tanda keesaan-Nya. Guna dan manfaatkan segala perkara
yang berlaku pada diri dan pada seluruh alam untuk membantu kita mengingati
Allah. Gunalah segala apa yang ada pada alam ini untuk mengesakan Allah S.W.T.
Bagaimana
Cara Guna Akal Fikiran Untuk Ingat Pada Allah?
Pertama, hendaklah
kita yakin dan percaya bahawa
sesungguhnya sesuatu perkara tidak akan terjadi dengan sendiri melainkan Allah
sahaja yang mampu menjadikan sesuatu perkara itu terjadi. Maknanya, hanya Allah SAHAJA yang berkuasa melaksanakan dan
menjadikan sesuatu.
Kedua,
esakan Allah dengan sebenar-benar
mengesakan (secara keseluruhan). Iaitu hendaklah kita yakin bahawa hanya Allah sahaja yang bersifat wujud dan
Dia lah pelaksana segala perkara tanpa memerlukan kepada yang lain.
Ketiga,
apabila
kita sudah tahu dan yakin bahawa di seluruh alam ini hanyalah Allah sahaja yang bersifat wujud. Maka dengan sendirinya
kita tahu dan faham bahawa
sesungguhnya segala yang terjadi
pada diri seperti kata-kata, pendengaran, penglihatan, perasaan, rasa dan
segala perkara yang berlaku pada kita adalah milik penuh Allah. Begitu juga pada seluruh alam, setiap apa yang
berlaku adalah kehendak dan merupakan milik
penuh-Nya.
FAHAMKAN BAIK-BAIK KATA-KATA SAYA INI.
- Aku
berusaha bukan untuk melihat kekuatan diri, tapi untuk melihat kekuatan Allah.
- Aku
mencari ilmu bukan untuk melihat kepandaian diri, tapi untuk melihat kepandaian
Allah.
- Aku
berbuat baik bukan untuk melihat kebaikan diri, tapi untuk melihat kebaikan
Allah.
- Aku
bersedekah bukan untuk melihat sifat pemurah diri, tapi untuk melihat Pemurah
Allah.
- Aku
melihat kecanggihan teknologi bukan kerana kehebatan orang yang membuatnya,
tetapi aku melihat betapa canggihnya Allah.
- Aku
melihat kecantikan alam bukan kerana alam itu, tetapi untuk melihat kecantikan
Allah.
- Sesungguhnya
tidak akan bergerak, berbunyi, berfikir dan terjadi melainkan semua telah
tertulis di Kitab Lauh Mahfuz.
“Lihatlah disebalik ciptaan itu dan jangan hanya tersekat pada ciptaan itu”
Berdasarkan kata-kata di atas begitulah cara dan formula
untuk melihat dan mengingati ALLAH dalam setiap perkara yang kita lakukan.
Bukan kita melihat Allah dengan pandangan mata, tetapi kita melihat Allah
dengan pandangan hati. Ingat itu!!
Dan ingatlah, kejadian alam dan pada diri kita itu hanya
sebahagian sahaja dari kebesaran Allah S.W.T. Sesungguhnya Allah itu lebih hebat dari apa yang kita lihat dan gambarkan. Maha
Suci Allah Dari Segala Persamaan.
Tetapi bagaimana pula kalau kita contohnya tidak mampu
ingat Allah dalam keadaan berbual dengan seseorang?? Jawabnya, sesungguhnya
Allah itu Maha Mengetahui setiap kemampuan makhluk dan Maha Pengampun.
Dari
Ibnu Abbas R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, ”Sesungguhnya Allah telah memaafkan
– keranaku – dari umatku kesalahan (yang tanpa sengaja) dan (kesalahan kerana)
lupa serta kesalahan yang terpaksa dilakukan.”
Apabila kita tidak mampu ingat Allah semasa berbual, maka
selepas dari berbual itu ingatlah bahawa sesungguhnya segala percakapan kita
dan dia tidak akan terjadi melainkan Allah lah yang menjadikannya, itulah cara
untuk ingat kepada Allah. Ingatlah, segala lafaz yang keluar dari mulut itu
adalah dari Allah.
Firman Allah S.W.T - ”Padahal Allah-lah yang menciptakanmu dan apa yang kamu perbuat itu.” (QS. As-Shaffat 37: 96)
Jika kita tidak mampu ingat Allah dalam keadaan setiap
masa, sebenarnya cukuplah sekadar kita memahami bahawa dunia akhirat seisinya dan
seluruh alam adalah dari-Nya (tidak ada
yang lain selain-Nya), dan memahami SEGALA yang berlaku kepada DIRI &
ALAM adalah kerana Allah semata (inilah yang dikatakan iman)
Firman Allah S.W.T - ”Dan kamu tidak dapat menghendaki (menempuh jalan itu) kecuali apabila dikehendaki Allah, Rabb
semesta alam.” (QS. At-Takwir 81: 29)
Bagi memudahkan untuk ingat kepada Allah, saya mengajak
seluruh umat manusia supaya menghilangkan
sifat diri dan lihat serta renung akan kehebatan, kebesaran dan keesaan Allah
pada alam dan diri. Allah menjadikan alam ini adalah untuk menyatakan
kebesarannya kepada kita. Sebab itu gunalah akal fikiran apabila melihat alam
dan diri supaya dapat melahirkan rasa ingat kepada Allah.
Bagaimana
cara latih menghilangkan sifat diri dan menghadirkan sifat Allah?? – (JAWABNYA)
carilah ilmu mengenal Allah.
Kesimpulannya, tak
kenal maka tak ingat, samalah seperti anda yang membaca tulisan ini, anda
semua tidak kenal saya (penulis) dan disebabkan itu anda sukar dan tidak ingin
pun untuk mengingati saya (penulis). Maka, saya mengajak anda semua untuk
mempelajari kaedah mengenal Allah S.W.T. Bagaimana cara untuk kenal kepada
Allah?? Carilah guru, carilah guru yang betul dan benar iaitu mereka yang tidak meninggalkan ajaran Al-Quran dan
As-Sunnah.
- Juga anda boleh tonton youtube (KLIK) https://www.youtube.com/user/farhan4u2c/videos ceramah daripada USTAZ HAJI HUSSIEN B. ABDUL LATIFF. Insyaallah dapat membantu, kerana ceramah beliau diterangkan dengan penerangan yang mudah dan berkaitan dengan kajian sains.
Note: Ilmu apa pun yang anda pelajari, pastikan anda tidak meninggalkan Al-Quran & As-Sunnah (important)
Semoga bermanfaat, Sekian.
Wallahu
A’lam Bish Shawab.
0 Comments