Hidayah ialah cahaya petunjuk
Allah S.W.T daripada kufur kepada beriman. Allah
S.W.T sahaja yang berkuasa memberi hidayah dan petunjuk kepada sesiapa yang
dikehendaki-Nya kerana semua perkara dan
kejadian adalah milik-Nya. Sesiapa yang inginkan hidayah dan petunjuk ke
jalan yang benar dan lurus perlulah BERUSAHA
untuk mendapatkannya. Jika mahu maka usahalah sebaik mungkin, IN SYA ALLAH akan
dikurniakan cahaya petunjuk oleh Allah S.W.T. Kerana begitulah JALAN CERITA atau ketetapan yang Allah
tetapkan di LAUH MAHFUZ yang
kebanyakan orang yang berusaha pasti akan diberikan apa yang dia kehendaki.
Cara untuk mendapat hidayah daripada Allah
antaranya:
- Sentiasa berdoa
agar diberi petunjuk dalam kehidupan, berdoalah dalam keadaan merendah diri dan
bersyukur (berterima kasih) pada Allah.
- Bersihkan hati
melalui ibadat wajib dan sunat, solat lima waktu dan solat sunat yang lain.
- Berakhlak mulia
sesama makhluk iaitu manusia, binatang dan tumbuhan. CONTOH: Tidak menyakiti
manusia, binatang dan tumbuhan, jika ingin membunuh binatang dan memotong
tumbuhan hendaklah mempunyai tujuan yang jelas.
- Laksana perintah
Allah dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.
- Menghadiri ceramah
ilmu untuk mengutip ilmu yang membawa kepada kemajuan diri dan keinsafan diri.
- Sentiasa berusaha
bersangka baik atas perbuatan seseorang.
- Menggunakan akal
fikiran untuk mengetahui rahsia dan keEsaan Allah. CONTOH, lihatlah pada alam
dan diri kita sendiri, semua itu mempunyai hikmah tersendiri yang mampu
mengajar kita mengenal Allah.
Tanda-Tanda Orang Yang Mendapat Hidayah.
1. Jiwa sentiasa
cenderung pada ilmu yang membawa kepada kebahagiaan dunia akhirat.
2. Sentiasa menjauhi
tipu daya dunia.
3. Sentiasa bersangka
baik dengan semua perkara.
4. Suka memaafkan
orang.
5. Sentiasa
mengemaskini persediaan menghadapi kematian.
6. Sentiasa merenung
dan mengingati Allah dalam apa jua keadaan.
Kesan Hidayah Kepada Manusia.
- Sentiasa istiqomah
beriman kepada Allah S.W.T tanpa sebarang perasaan ragu-ragu.
- Meningkatkan
amalan fardu ain dan fardu kifayah.
- Hati sentiasa
terdorong untuk melakukan kebaikan dan benci serta menjauhi perbuatan mungkar.
- Berasa gembira,
tenang serta bersyukur (berterima kasih) dalam menjalankan perintah Allah
S.W.T.
- Tetap beriman
kepada Allah S.W.T walaupun disiksa atau diberi kesenangan supaya meninggalkan
Islam.
- Terdorong untuk
menyampaikan dakwah atau nasihat kepada seluruh manusia.
Hidayah Milik Allah.
Firman Allah S.W.T Bermaksud: Barang siapa dikehendaki Allah akan mendapat
hidayah (petunjuk), Dia akan membukakan dadanya untuk (menerima) Islam. Dan
barang siapa dikehendaki-Nya menjadi sesat, Dia jadikan dadanya sempit dan
sesak, seakan-akan dia (sedang) mendaki ke langit. Demikianlah Allah menimpakn
siksa kepada orang-orang yang tidak beriman. (QS. Al-An’am 6: 125)
Hidayah adalah satu nikmat kurniaan Allah yang amat
berharga, hidayah tidak boleh dibeli
dengan harta. Gunakanlah cara-cara yang ditulis di atas tadi untuk membantu
dalam mendapatkan hidayah daripada Allah S.W.T supaya dapat memberi kesan yang baik dalam kehidupan
kita dunia dan akhirat. Semoga bermanfaat.
Wallahu A’lam Bish Shawab.
0 Comments