Berhati-hatilah dalam mengungkapkan kata-kata, kerana dibimbangi hanya dengan sepatah kata-kata itu membolehkan terkeluarnya seorang Islam kepada kekafiran. Jangan jadikan agama sebagai bahan lawak atau bahan permainan. Tidak terfikirkah kita bagaimana baginda Nabi Muhammad S.A.W berusaha membawa Islam ini kepada zero menjadi hero. Baginda dan para sahabat bermati-matian menegak, melindungi dan mengekalkan agama Islam di atas muka bumi ini. Tetapi pada hari ini kita umat Muhammad tidak pedulikan ejekan yang dilontarkan orang kafir kepada Islam dan Nabi S.A.W. Lebih teruk lagi ada segelintir masyarakat Islam sendiri menjadikan Islam sebagai bahan lawak dan senda gurau.

Firman Allah S.W.T bermaksud: Jauhilah diri daripada orang-orang yang menjadikan agamanya sebagai permainan dan senda gurau, mereka pula telah terpedaya dengan kehidupan dunia. Peringatkanlah (mereka) dengan al-Quran agar setiap orang tidak terjerumus (ke dalam neraka), kerana disebabkan perbuatannya sendiri. Tidak ada baginya pelindung dan pemberi syafaat (pertolongan) selain Allah. Sekiranya mereka hendak membebaskan dirinya dengan segala jenis penebusan semuanya tidak diterima lagi. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam neraka), disebabkan perbuatan mereka sendiri. Mereka diberi minuman daripada air yang mendidih dan azab yang pedih disebabkan kekafiran mereka dahulu. (QS. Al-An’am 6: 70)

Walaupun ayat di atas ditujukan pada kaum musyrik dan munafik yang benci dengan Islam tetapi tidak terhad hanya pada golongan musyrik dan munafik sahaja malah pada semua kaum termasuk Islam dan pada bila-bila masa kerana kisab suci Al-Quran ini adalah luas kegunaannya dan boleh ditujukan kepada siapa sahaja.

4 Golongan Yang Mempersendakan Islam Di Zaman Nabi.

MUSYRIKIN – Kaum yang menyekutukan Allah dan penentang kuat Agama Tauhid.

MUNAFIK – Orang yang menyembunyikan kekufuran dan menzahirkan keIslaman (musuh dalam selimut)

MURTAD – Orang yang keluar daripada Islam. CONTOH: Keengganan melaksanankan ajaran Islam sehingga mempengaruhinya untuk keluar daripada Islam.

A’SI – Orang Islam yang melanggar perintah agama tetapi tidak menginkarinya. CONTOH: Tidak solat, tidak membayar zakat, makan di siang hari pada bulan Ramadhan bagi yang wajib berpuasa.

Sebagai seorang hamba yang ingin mendapat redho  Allah dan keselamatan di akhirat WAJIB menjauhi diri dari tergolong dalam golongan MUSYRIKIN, MUNAFIK, MURTAD dan berhati-hati juga supaya tidak tergolong dalam golongan A’SI kerana dibimbangi apabila mati nanti kita TIDAK MUSTAHIL boleh dimasukkan atau dikategorikan dalam kumpulan orang-orang yang KAFIR.

Kesimpulannya, jangan dan jauhi perbuatan menghina, mempermainkan, melawak dan mempersendakan agama kerana sikap perbuatan ini bukan suatu perkara yang ringan dan biasa. Perbuatan mempersendakan ajaran agama, sahabat, Nabi dan Allah adalah suatu perkara yang membawa kepada dosa yang amat besar yang boleh mengakibatkan kita terjerumus ke dalam kesesatan di dunia dan terhumban ke dalam neraka di akhirat kelak.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud: Demikianlah, balasan mereka itu neraka Jahannam, kerana kekafiran mereka, dan kerana mereka menjadikan ayat-ayat Ku dan rasul-rasul Ku sebagai bahan ejek-ejek. (QS. Al-Kahfi [18]: 106)

Berhati-hati dengan lisan dan perbuatan kerana dibimbangi tanpa sedar kita tergolong dalam golongan orang-orang yang kafir. Dibimbangi apabila mati nanti kita dikatakan oleh Allah yang kita adalah golongan kafir kerana perbuatan kita yang mempersendakan agama Islam. Jika kita mati dalam keadaan kafir, maka neraka adalah tempat kembalinya kita dan akan kekal selama-lamanya. Semoga tulisan ini dapat memberi kesedaran dan pedoman kepada kita semua yang mengaku sebagai umat Muhammad. Sekian.

Wallahu A’lam Bish Shawab.

Semoga menjawab persoalan di bawah:
Nota larangan mempersendakan agama, bahaya memainkan agama, larangan memperalat agama, bahaya tunggang agama, agama sebagai bahan lawak, azab orang memainkan agama, mempersendakan agama, mempersendakan agama Islam.