Gambar berikut hanyalah gambaran sahaja

Dikisahkan bahawa ‘Aad mempunyai dua orang putera, yang pertama bernama Syadid dan yang kedua bernama Syadad. Apabila Syadad sudah dewasa, seluruh kerajaan berada dalam kekuasaannya. Lalu ia mengajak raja-raja bawahannya untuk bermesyuarat dan berkata kepada mereka: "Aku ingin membina syurga seperti yang difirmankan Allah S.W.T dalam kitab-kitabNya. Mereka menjawab: Hal itu terserah kepada tuanku, kerajaan ini kepunyaan tuanku." 

Kemudian Shadad memerintahkan agar dikumpulkan semua emas dan perak dari Timur hingga ke Barat. Setelah itu ia berkata: "Bangunkanlah untukku syurga dalam masa 300 tahun." Maka berkumpullah segala macam bentuk tukang bangunan. Maka dipilihlah 300 di antara mereka setiap seorang dari tukang tersebut memimpin sebanyak 1,000 anak buah. 


Mereka mengelilingi bumi selama 10 tahun, akhirnya mereka menemukan suatu tempat yang paling baik. Ada pokok-pokok, sungai-sungai. Maka mereka pun mula membina syurga yang dirancangkan itu satu parsakh (jarak) demi satu parsakh. Satu parsakh daripada emas dan satu parsakh daripada perak. 


Setelah mereka anggap semuanya telah sempurna, lalu mereka alirkan sungai-sungai, mereka dirikan pokok-pokok yang batangnya terbuat daripada perak, cabang dan rantingnya terbuat daripada emas. Dan mereka bina istana-istana dari batu delima, dengan dihiasi berbagai permata, seperti intan, berlian dan lain-lain. Kemudian mereka sirami dengan minyak yang paling wangi. Cuma yang membezakan syurga Shadad ini dengan syurga sebenar adalah syurga Syadad mempunyai tandas, gadis yang menjadi bidadari hanya sekali dara serta boleh mengalami haid.


Untuk merialisasikan keinginan Syadad tersebut, raja-raja dan para pembantu mereka telah mengambil emas dan perak daripada rakyat dengan cara paksaan. Sehingga tidak tertinggal sedikit pun emas dan perak daripada rakyat jelata, melainkan yang masih ada pada leher seorang anak yang beratnya kira-kira 1 dirham. 


Ketika mereka ingin merampasnya, maka anak itu berkata: "Janganlah tuan ambil emasku ini." Akan tetapi mereka berusaha untuk mengambilnya, dan mereka berkata: "Kami diperintahkan oleh raja untuk mengambilnya." Lalu emas yang sedikit itu mereka paksa mengambilnya daripada leher anak kecil itu. 


Maka anak tersebut mengangkat tangan, sambil berdoa: "Wahai Tuhanku, Engkau Maha mengetahui tentang apa yang telah dilakukan oleh orang yang zalim ini terhadap hamba-hamba-Mu yang lemah. Maka tolonglah kami, wahai Zat yang menolong kepada orang-orang yang meminta pertolongan." Lalu semua malaikat mengaminkan doa anak tersebut. 


Setelah selesai kerja membina syurga Shadad itu, akhirnya mereka memberitahu Syadad untuk datang merasmikan syurga buatan itu. Syadad pun bersiap-siap untuk ke sana. Keberangkatan mereka itu selama 10 tahun perjalanan. Akhirnya rombongan Syadad sampai ke tempat syurga yang mereka bina itu. Lalu Allah S.W.T mengutus malaikat Jibrail membawa gambaran pintu syurga sebenar menggantikan pintu syurga buatan kerajaan Syadad (bagi menguji Syadad). Bertambahlah bongkak dan sombong Shadad setelah melihat gambaran pintu syurga sebenar. Shadad pun berkata: "Perlukah aku beriman kepada Allah, sedangkan aku mampu membina syurga aku sendiri?" Dengan rasa angkuh, Shadad ingin merasmi dan memasuki syurga buatan itu.. 


Lalu Allah S.W.T pun memerintah malaikat Izrail supaya mencabut nyawa Shadad sebelum dia melangkah kaki ke dalam syurga buatannya. Izrail memohon kepada Allah S.W.T agar diberi kesempatan pada Shadad melangkah setapak ke dalam syurga buatannya, barulah ia mencabut nyawanya. Lalu Allah S.W.T berfirman: "Ingatkah engkau Izrail pada suatu masa dahulu, ada sebuah kapal yang karam di satu lautan yang luas, waktu itu berpautlah seorang ibu dan seorang bayi kecil pada kayu tiang kapal berkenaan, lalu Aku memerintahkan engkau (Izrail) untuk mencabut nyawa kedua-duanya. Malah, engkau bermohon agar kasihanilah bayi kecil itu dan dibiarkan ia hidup. Maka Aku memperkenankan doa kamu, sekarang tahukah engkau bahawa bayi yang kecil itu adalah Shadad."


Belum pun sempat Shadad laknatullah melangkah masuk ke pintu syurga buatannya, tiba-tiba Jibrail memekik dengan suara yang sangat keras dari atas langit. Maka dalam masa yang singkat mereka semuanya mati, sebelum sempat memasuki syurga tersebut. Malaikat Izrail pula merentap nyawa Shadad dengan sangat keras, sehinggakan darah memancut pada setiap liang bulu roma Shadad.


PENERANGAN,

Dalam kisah ini Shadad menyatakan bahawa “perlukah aku beriman kepada Allah, sedangkan aku mampu membina syurga aku sendiri?”

Terkeluarnya kata-kata itu kerana Shadad fikir bahawa tujuan beriman kepada Allah hanya untuk mendapatkan syurga. Wahai umat Islam sekalian, saya menyeru kepada semua, jangan sesekali terdetik dalam hati perkataan ini “aku beriman dan beribadah kerana ingin ganjaran syurga.” Perkataan ini seolah-olah kita mengetepikan Allah, seakan-akan kita mengabaikan Allah.

Sepatutnya jadikanlah Allah sebagai penyebab kita beriman, jadikan Allah sebagai tujuan yang terpenting dan utama. Saya tanya, bila kita mati nanti jika diberi pilihan ingin menuju syurga atau ingin menuju Allah? Yang mana hendak kamu pilih, ciptaan (syurga) atau Tuan yang empunya syurga (ALLAH)?? FIKIRLAH SENDIRI..

“Katakanlah (Muhammad): sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagi-Nya; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah)”.
(QS. Al-An’aam: 162-163)

INGAT, jangan sekutukan ALLAH dengan GANJARAN (PAHALA / SYURGA)

Beribadahlah kerana Allah dan bukan kerana pahala semata. Jangan bimbang tentang soal pahala kerana jika kita IKHLAS beribadah dengan MENGINGATI ALLAH, maka secara automatik Allah akan meletakkan pahala-Nya kepada kita. Jika kita beribadah hanya kerana pahala dan memikirkan tentang pahala tanpa ingat kepada ALLAH. Maka percayalah itu adalah suatu perkara yang SIA-SIA dan seolah-olah ganjaran itu adalah Tuhan bagi kamu. ”ASTAGHFIRULLAH” Minta Dijauhkan Perkara itu.

Terlakarnya tulisan kisah Shadad ini adalah bertujuan untuk menyedarkan kita supaya menjauhi sifat angkuh, sombong dan riak. Sifat-sifat terkutuk ini semuanya hadir kerana sifat kita yang tidak ikhlas kepada Allah S.W.T.

PENGAJARAN

Dikeranakan syurga Shadad dibinasakan, sebagai hamba yang ikhlas beribadah dan beriman sepatutnya tidak berharap kepada ganjaran semata-mata, tetapi tujuan utama beribadah dan beriman adalah kerana Allah, kerana ingin menuju dan mengingati Allah serta menyatakan kebesaran-Nya semata-mata.

Pengajaran kisah ini boleh diambil dari kata-kata Shadad “perlukah aku beriman kepada Allah, sedangkan aku mampu membina syurga aku sendiri?” Shadad sebenarnya tidak ikhlas beriman kepada Allah kerana ia beriman adalah semata-mata ingin mendapat syurga dan mengetepikan Allah S.W.T. HAMBA yang IKHLAS itu adalah tidak mengharapkan apa-apa balasan dan menyerahkan urusan ganjaran hanya kepada Raja (ALLAH).

Ingat kata-kaya saya ini. “Urusan GANJARAN (PAHALA, SYURGA) & BALASAN (DOSA, NERAKA) ITU ADALAH URUSAN RAJA (ALLAH) dan bukan urusan HAMBA (KITA).” Oleh itu, jangan sesekali bimbang soal pahala, teruskan beribadah dalam keadaan ingat Allah dan ingin menuju Allah. Beribadah dalam keadaan ikhlas, syurkur dan berterima kasih kepada ALLAH kerana Dia memilih dan menjadikan kita sebagai umat Islam yang melaksanakan Ibadah. ”ALHAMDULILLAH”
Kerana Syurga Shadad Lalai Daripada Mengingati Allah, Semoga Kita Tidak Terlalai Daripada Mengingati Allah S.W.T. Wahai Manusia, Jangan Kamu Mengingati Syurga Dalam Solatmu, Tetapi Ingatlah Allah, Kerana Tuhanmu Adalah Allah Bukannya Syurga
Wallahu A’lam Bish Shawab.