BAB 1 : DEFINISI KOMUNIKASI

DEFINISI KOMUNIKASI - Proses menghantar dan menerima maklumat melalui mesej-mesej secara lisan atau bukan lisan.

Komunikasi juga merupakan pertukaran maklumat melalui mesej di antara individu ataupun secara berkumpulan samada secara luaran atau dalaman.


KOMUNIKASI PERNIAGAAN - Ialah proses penyampaian dan penerimaan data atau maklumat yang diperlukan organisasi samada komunikasi dalaman ataupun luaran.

Komunikasi yang berkesan dapat memberikan gambaran baik terhadap penghantar dan juga memberi imej yang positif ke atas organisasi.

Komunikasi yang efektif dalam sesebuah perniagaan adalah penting bagi pekerja kerana ia boleh meningkatkan keyakinan, prestasi, imej positif dan kenaikan pangkat. Manakala bagi organisasi, ianya dapat meningkatkan moral pekerja, produktiviti dan imej positif.


TUJUAN KOMUNIKASI

1. Bertujuan menyebarkan atau menyampaikan maklumat, perintah, desakan, amaran, nasihat, cadangan, pengajaran, muhibbah/nama baik dan sebagainya.

2. Bertujuan memberitahu apa yang patut diketahui iaitu maklumat yang releven dan berguna.


TEORI AWAL KOMUNIKASI

Komunikasi boleh berlaku dalam beberapa bentuk iaitu KOMUNIKASI SEHALA & KOMUNIKASI DUA HALA

1. KOMUNIKASI SEHALA
  • Berlaku antara satu pihak sahaja.
  • Tiada interaksi berlaku antara penghantar dengan penerima tetapi tindakbalas daripada penerima boleh berlaku.
2. KOMUNIKASI DUA HALA
  • Berlaku antara kedu-dua pihak.
  • Wujud interaksi dan tindakbalas antara penghantar dengan penerima

EVOLUSI KOMUNIKASI

1. Zaman Awal Peradaban Manusia
  • Manusia berkomunikasi dengan menggunakan bahasa isyarat, pergerakan dan bunyi.
  • CONTOH : Menghentakkan kepala ke pokok atau benda keras menunjukkan perasaan sedih, marah dan geram.
2. Zaman Pertengahan Peradaban Manusia
  • Manusia mula gunakan gambar, bahasa yang sekata serta bahasa isyarat yang lebih mudah difahami.
  • Manusia juga sudah mula berhias untuk menarik hati pasangan.
  • CONTOH : Lukisan di pintu gua, bahasa yang seragam seperti menangis menunjukkan sedih dan ketawa menunjukkan gembira.
3. Zaman Moden
  • Manusia mula mencipta bahasa dan menggunakan tulisan atau huruf.
  • Sistem perhubungan semakin berkembang.
  • Mempercepatkan lagi penyampaian maklumat.
  • Menjadi lebih jelas dan berkesan kerana maklum balas diperolehi dengan cepat.
  • CONTOH : Penciptaan telefon, fax, komputer, internet.

JENIS-JENIS KOMUNIKASI
  • Formal - Komunikasi yang mengandungi unsur formaliti (mematuhi format, gaya penulisan atau percakapan, nada suara) yang telah dipersetujui oleh awam/orang ramai.
  • Tidak Formal - Mengandungi unsur - unsur tidak formal (tiada format gaya penulisan, percakapan, nada suara yang perlu dipatuhi)
  • Lisan - Komunikasi dengan pertuturan (percakapan dan penggunaan bahasa tertentu) dan komunikasi tanpa pertuturan (seperti ton suara, pitching, lontaran vokal bermesej - ooo.., emm.., ek..)
  • Bukan Lisan - Tanpa melibatkan pertuturan bagi menyampaikan atau menerima mesej (contoh melalui tulisan, bahasa isyarat mata atau tangan)
  • Komunikasi secara individu.
  • Komunikasi secara berkumpulan.
Komunikasi formal boleh berlaku secara bukan lisan atau bertulis (seperti suara, minit mesyuarat, memo) dan lisan (seperti mesyuarat, bengkel, seminar) dan ditujukan kepada individu atau kumpulan tertentu.

Komunikasi bukan formal juga boleh berlaku dalam bentuk bukan lisan atau bertulis (seperti surat, pesanan ringkas) dan lisan (seperti mesyuarat tidak rasmi, berbual, teguran)

KELEBIHAN KOMUNIKASI PERNIAGAAN
  • Dapat membina imej yang baik kepada penutur / penghantar dan organisasi.
  • Berupaya memastikan kesinambungan atau kelangsungan perniagaan.
  • Mewujudkan perniagaan peringkat antarabangsa.
  • Merangsang dan memotivasikan pekerja.
  • Maklumat yang tepat dan berguna dapat disampaikan di dalam mesej perniagaan.
  • Mampu memujuk penerima untuk melakukan atau bertindakbalas mengikut keinginan penghantar.