BAB 2 : PROSES-PROSES KOMUNIKASI
Proses komunikasi juga boleh digambarkan seperti berikut :
- Penghantar akan menghantar mesej kepada penerima menggunakan saluran atau media yang tertentu.
- Mesej yang ingin disampaikan akan diterjemahkan (enkod) ke dalam bentuk lisan atau bukan lisan supaya boleh diterjemahkan semula (dekod) oleh penerima.
- Seterusnya penerima akan memberikan maklumbalas (feedback) kepada penghantar menggunakan saluran/media yang bersesuaian.
ELEMEN-ELEMEN DI DALAM KOMUNIKASI PERNIAGAAN
1. Penghantar (Sender)
- Merupakan peserta dalam proses komunikasi di mana beliau menghantar mesej-mesej kepada penerima.
- Mempunyai kemahiran konseptual terhadap organisasi dan memahami keperluan perniagaan.
- Selalunya mempunyai jawatan atau taraf yang lebih tinggi dan telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan misi perniagaan.
- Kredibiliti penghantar juga penting kerana ia menentukan tahap anggapan penerima terhadap penghantar dari segi keupayaan atau kebolehpercayaan.
2. Mesej (Message)
- Samada dalam bentuk bertulis, lisan atau bukan lisan yang ingin disampaikan kepada penerima.
- Mesej disampaikan untuk tujuan tertentu seperti untuk memberitahu, memujuk, menerangkan polisi atau peraturan terkini.
3. Saluran (Channel)
- Merupakan perantara yang digunakan oleh penghantar untuk berkomunikasi dengan penerima.
- Samada dalam bentuk lisan atau bukan lisan seperti bertemtang mata/bersemuka, talian telefon, sidang video, menulis surat, memo dan laporan.
4. Penerima (Receiver)
- Individu/kumpulan yang menerima mesej oleh penghantar.
- Boleh terdiri daripada pelanggan, masyarakat, institusi kewangan, pesaing, kerajaan.
- Penerima selalunya akan membuat ramalan atau pra-penilaian terhadap idea-idea dan perasaan yang boleh mempengaruhi maklumbalas mereka.
5. Maklumbalas (Feedback)
- Terdiri daripada mesej-mesej (lisan dan bukan lisan) yang menunjukkan reaksi kepada mesej yang dikomunikasikan.
- Berdasarkan maklumbalas, penghantar mengetahui samada untuk mengubah atau menghentikan komunikasi kerana penerima akan memberitahu apa yang mereka rasa (seperti tanya soalan, senyum, menguap)
6. Keadaan/Situasi/Konteks (Contex)
- Merujuk kepada situasi atau tempat di mana komunikasi tersebut berlaku.
- Semua faktor-faktor yang memberi kesan kepada perjalanan meseej termasuklah persekitaran dan budaya.
HALANGAN KOMUNIKASI
Boleh menyebabkan salah faham dan kekeliruan serta komunikasi tergendala atau terus terhenti.
1. Penghantar
- Kurang membuat persediaan dari segi bahan dan tidak mengetahui taraf penerima/audien.
- Kurang berkemahiran dan tidak mahir menggunakan perkataan.
- Personaliti yang tidak menarik seperti cepat naik marah, intonasi suara yang negatif dan berkelakuan kasar.
- Membuat pandangan pertama yang tidak baik seperti tidak menggunakan pakaian yang sesuai, teragak-agak menyampaikan mesej dan tidak menunjukkan sikap ramah.
- Tidak membuat semakan semula terutama jika mesej yang disampaikan berbentuk penulisan (seperti ejaan yang salah)
- Kurang mahir menggunakan bahasa yang sesuai terutama jika penerima hanya memahami satu bahasa sahaja.
2. Penerima
- Tidak ada minat untuk mendengar atau membaca mesej. Penerima mungkin lari atau berhenti daripada menerima mesej.
- Masalah dalam memberi penumpuan terutama apabila lebih daripada satu mesej disampaikan dalam satu masa.
- Penerima memilih untuk mendengar apa mereka suka sahaja.
- Kurang memberi maklumbalas dan menyebabkan penghantar membuat andaian yang penerima tidak boleh menerima mesej yang disampaikan.
3. Mesej
- Tahap penumpuan yang rendah atau tidak tersusun, keadaan intonasi dan bahasa yang tidak sesuai serta kesilapan teknikal boleh menyebabkan masalah.
- Terlalu banyak 'you knows' atau 'aaaa' akan mengurangkan kesan terhadap mesej yang disampaikan.
- Tulisan buruk, kertas kotor dan tidak mengikut format penulisan menyebabkan mesej sukar difahami.
4. Saluran
- Gangguan bunyi bising (ketawa atau jeritan kuat) menghalang penghantaran mesej dan boleh mengubah maksud asal mesej.
- Dalam penulisan seperti penggunaan kertas comot atau dakwat yang kurang jelas.
5. Maklumbalas
- Keadaan yang tidak menggalakkan perbincangan seperti sesebuah organisasi yang tidak membenarkan pekerja memberi pendapat atau pandangan.
- Pekerja yang takut kehilangan pekerjaan akan berhenti daripada memberi maklumbalas.
6. Keadaan/Situasi/Kontek
- Gagal untuk memahami budaya dan bahasa yang berbeza boleh menimbulkan salah faham.
- Maklumat yang terlalu banyak (information overload) disebabkan oleh keadaan persekitaran yang berubah dan penggunaan teknologi yang semakin canggih.
0 Comments