MENGURUS DALAM PERSEKITARAN GLOBAL
MAKSUD MNCs
- Dikenali sebagai MNCs (Multinational Corporations).
- MNCs adalah syarikat yang besar dan menjalankan perniagaan di beberapa buah negara tetapi dikendalikan melalui 1 pusat pengurusan Ibu Pejabat di salah sebuah negara operasi. (contoh: TESCO, HONDA)
PERANAN YANG DIMAINKAN SYARIKAT PERNIAGAAN ANTARABANGSA (MNCs)
1. Pelaburan Portfolio - Sebuah syarikat membeli saham syarikat lain, ia membolehkan syarikat pembeli saham tersebut mendapat keuntungan perniagaan tetapi syarikat ini tidak boleh terlibat dalam pengurusan syarikat berkenaan.
2. Pelaburan Terus - Membeli keseluruhan pengurusan serta harta sesebuah syarikat asing yang lain di luar negara.
- Berikut Beberapa Faktor Sebelum Membuat Pelaburan Terus (Pembelian) :
- Keadaan ekonomi sesebuah negara.
- Risiko politik.
- Teknologi yang sesuai dengan kebudayaan dan masyarakat tempatan.
- Faktor kebudayaan sesebuah syarikat MNCs untuk memasuki negara.
KESAN KEHADIRAN MNCs TERHADAP SESEBUAH NEGARA
- Sesetengah MNCs tidak diterima oleh sesebuah negara, jadi kita tidak akan menganggap kehadiran MNCs memberi kesan positif kepada negara dan rakyat di sesebuah negara.
- Permindahan teknologi, sesetengah MNCs akan membawa masuk teknologi-teknologi canggih ke dalam negara berkenaan.
- Mempelbagaikan produk untuk penduduk tempatan (mudah bagi pembeli memenuhi kemahuan dan keperluan).
- Menambahkan daya saing di kalangan syarikat tempatan dengan MNCs.
- Menambah peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan.
- Sekiranya MNCs menggunakan dana tempatan untuk modal mereka, ini akan mengurangkan sumber kewangan untuk syarikat tempatan yang memerlukan.
- Sesetengah MNCs mengambil peluang daripada sesebuah negara dengan menggunakan teknologi canggih yang ada di negara tersebut, ini akan mengurangkan kos operasi MNCs dan seterusnya dapat menjual produk dengan harga rendah.
SEBAB UTAMA MENGAPA SYARIKAT MELABUR DI PASARAN ANTARABANGSA
- Untuk mendapatkan sumber bahan mentah dan tenaga manusia yang mungkin sukar untuk didapati di sesebuah negara.
- Untuk meningkatkan lagi jumlah jualan di negara asing.
- Untuk mengurangkan kos mengeksport barangan.
- Untuk menggunakan kesempatan dari persekitaran ekonomi.
CARA MNCs MASUK PASARAN ANTARABANGSA
1. Pemberian Lesen
- Syarikat MNCs menjual kebenaran kepada pihak yang berminat untuk mengeluar dan memasarkan jenama milik MNCs berkenaan dengan menggunakan hakcipta, paten dan cara proses. (Contoh Coca Cola memberi lesen kepada kilang di Shah Alam)
- Mereka perlu membayar yuran dan wang royalty daripada jualan sesuatu produk yang dikeluarkan. (kilang di Shah Alam membayar kepada syarikat induk Coca Cola)
2. Franchais
- Adalah pakej dimana sesebuah syarikat akan diberi tandaniaga perniagaan, peralatan, peraturan pengurusan, khidmat nasihat dan pengiklanan bersama. (Contoh McD, KFC, HONDA)
- Kebiasaannya sebuah syarikat yang diberi hak francais akan dikenakan yuran atau peratusan tertentu dari semua jumlah jualan.
3. Usahasama/Gabungan
- Gabungan antarabangsa wujud apabila 2 syarikat atau lebih daripada negara yang berlainan berkongsi kos untuk membina/membentuk produk. (Contoh Malaysia & Indonesia bergabung untuk membuat 1 movie)
- Bertujuan untuk mencapai misi perniagaan bersama.
4. Subsidiari/Cawangan Sepenuhnya
- Terjadi bilamana sesebuah MNCs membuat pelaburan terus dari segi capital dan personel dengan membuka cawangan di luar negara.
BUDAYA SILANG DAN PENGURUSAN ANTARABANGSA
- Budaya meliputi nilai-nilai, tingkahlaku dan gelagat yang sering diamalkan oleh kebanyakan orang dalam sesebuah organisasi terutamanya yang meliputi pekerja-pekerja daripada pelbagai latar belakang.
- Ini penting kerana kesilapan mungkin berlaku apabila individu daripada pelbagai budaya berkomunikasi, menyebabkan banyak perkara akan menemui kegagalan akibat salah faham.
1. Pengurus ETHNOCENTRIC melihat negara asing tempat beliau bekerja serta penduduknya sebagai mundur berbanding negara asal beliau. Pengurus sebegini percaya yang segala amalan di negara asal beliau sepatutnya dilaksanakan di sesebuah negara.
2. Pengurus POLYCENTRIC melihat kesemua negara adalah berbeza dan sukar untuk difahami. Pengurus sebegini merasakan negara serta penduduknya sukar untuk berurusan dan difahami, dengan itu pengurus sebegini akan menyerahkan tugas kepada pengurus tempatan untuk menjalankan operasi syarikat.
3. Pengurus GEOCENTRIC lebih bersifat terbuka, memahami dan menghargai perbezaan yang wujud antara negara. Pengurus sebegini pasti akan memilih teknik pengurusan yang terbaik tidak kira dari mana asalnya.
0 Comments