TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ETIKA PENGURUSAN

TANGGUNGJAWAB SOSIAL = Tanggungjawab kepada masyarakat / CSR.
ETIKA = Prinsip Seseorang.


MAKSUD ETIKA

Mengkaji hak dan kewajipan manusia, peraturan moral yang diaplikasikan untuk membuat keputusan dalam perhubungan di kalangan manusia.

4 PERSOALAN ETIKA DALAM PERNIAGAAN
1. Peribadi - Bagaimana seseorang itu mesti melayan orang lain dalam organisasi, perlukah kita jujur tanpa mengambil kira kesannya, dan apakah kewajipan pekerja terhadap majikannya.

2. Polisi Dalaman - Bagaimana sifat perhubungan syarikat dengan para pekerjanya.

3. Pemegang Saham - Bagaimana organisasi harus menangani kumpulan luar yang menerima kesan daripada keputusan yang dibuat, dan juga bagaimana pemegang saham seharusnya berurusan dengan organisasi.

4. Masyarakat - Bagaimana institusi asas dalam masyarakat mempengaruhi etika masyarakat.


3 MODEL ETIKA PENGURUSAN

1. Pengurusan IMMORAL
  • Tidak beretika (Negatif)
  • Keadaan dimana sesuatu amalan yang jauh daripada prinsip beretika.
  • Contohnya, pengurus begitu tamak dan tidak memikirkan pulangan untuk syarikat.
2. Pengurusan MORAL
  • Mengikut etika dan standart yang tinggi atau kawalan standart profesional (Positif)
  • Ia mementingkan pulangan untuk syarikat.
3. Pengurusan AMORAL

  • Ia berada di pertengahan antara IMMORAL dan MORAL
  • Terdapat 2 jenis pengurusan AMORAL iaitu :

ALAT-ALAT ETIKA (ETHICS TOOL)

1. Nilai
  • Kemahuan yang berkekalan yang kelihatan baik untuk dirinya seperti inginkan keamanan.
2. Hak Dan Tugas
  • Adalah tuntutan yang diberikan kepada seseorang seperti ruang untuk mengambil tindakan (kebebasan).
  • Dalam terma yang lebih formal, ruang boleh dipanggil sebagai spera autnomi atau kebebasan.
  • Apabila seseorang mempunyai hak, adalah menjadi tugas orang lain untuk menghormatinya.
  • Tugas adalah kewajipan untuk mengambil sesuatu tindakan khusus.
3. Peraturan Moral
  • Peraturan moral dapat memberi panduan untuk menghadapi sesuatu situasi apabila berlaku pertembungan kepentingan.
4. Perhubungan Manusia
  • Perhubungan wujud kerana manusia memerlukan satu sama lain untuk mendapatkan sokongan bersama dan untuk mencapai matlamat.
  • Ia adalah aspek penting dalam kehidupan moral.

MORALITI BIASA (COMMON MORALLITY)
  • Moraliti biasa adalah peraturan yang mengendalikan masalah etika yang biasa dihadapi.
Prinsip-Prinsip Asas Moraliti Biasa

1. Menepati masa
2. Tidak berhasad dengki
3. Saling bantu-membantu
4. Menghormati orang lain
5. Menghormati harta

SUMBER-SUMBER NILAI UNTUK SEORANG PENGURUS

1. Agama - Etika adalah suatu perkara yang penting dan turut diajar dalam agama.
2. Falsafah - Banyak ahli falsafah menekankan bahawa pentingnya etika.
3. Budaya - Turut mendidik nilai manusia untuk beretika dalam kehidupan.
4. Sistem Perundangan - Memandu masyarakat untuk lebih beretika dalam membuat keputusan
5. Nilai Professional - Nilai Professional seseorang. Contohnya, pengurus perlulah bersikap professional sebagai seorang ketua.