BAB 4 : PERANCANGAN

DEFINISI PERANCANGAN
  • Perancangan bermaksud berorientasikan masa depan, dimana pengurus menetapkan matlamat dan mengambil langkah untuk menjayakan matlamat organisasi
  • Pengurus penting dalam penyediaan perancangan dan elemen yang perlu dititikberatkan ialah :
1. Soal masa depan
2. Pengalaman silam organisasi
3. Ramalan pada masa depan


JENIS-JENIS PERANCANGAN

KEPENTINGAN PERANCANGAN
  • Mencapai matlamat dengan berkesan.
  • Memberi 1 halatuju yang jelas kepada semua ahli organisasi.
  • Dapat fokus segala usaha - semua pihak memahami apa yang disumbangkan.
  • Pastikan pengurus tidak lari daripada matlamat asal.
  • Mengenalpasti masalah dan mengambil tindakan pembetulan.

OBJEKTIF PERANCANGAN

VISI - Pernyataan menyeluruh mengenai organisasi. (Jauh mendalam, wawasan masa depan)

MISI - Tujuan utama penubuhan organisasi. (Tugas khusus organisasi)

OBJEKTIF - Sasaran dan hasil akhir - Selari dengan misi organisasi. (Sesuatu yang khusus yang ingin dicapai seperti matlamat & tujuan)


JENIS-JENIS OBJEKTIF

Objektif Organisasi
  1. Objektif keseluruhan organisasi dan lebih meluas.
  2. Tanggungjawab pengurusan atasan.
  3. Tergolong dalam perancangan jangka panjang.
Objektif Jabatan
  1. Setiap jabatan ada objektif masing-masing.
  2. Berpandukan objektif organisasi.
Objektif Subunit
  1. Merupakan objektif pekerja.
  2. Berbentuk peribadi begi kepentingan sendiri.
  3. Berpandukan objektif organisasi dan jabatan.

KEPENTINGAN OBJEKTIF DALAM PERANCANGAN
Kepentingan yang perlu diambilberat dalam proses perancangan ialah :
  • Objektif sebagai panduan dalam misi organisasi.
  • Objektif sebagai rujukan dalam menyelesaikan masalah semua pihak.
  • Objektif sebagai piawaian untuk mengukur prestasi organisasi.

CIRI-CIRI OBJEKTIF
Ciri-Ciri Lain Objektif :-
1. Jelas dan mudah difahami, istilah sukar perlu dielakkan.
2. Dikaitkan dengan ganjaran, merupakan pendorong pelaksanaan.


PENDEKATAN (CARA) MEMBUAT KEPUTUSAN SECARA BERKUMPULAN

1. Percambahan Fikiran (Brainstorming)

2. Kumpulan Nominal

3. Teknik Delphi