BAB 5 : PENGURUSAN STRATEGIK

PERANCANGAN STRATEGIK

Kepentingan Perancangan Dalam Organisasi
  • Menyediakan 1 halatuju kepada organisasi dan pekerja.
  • Menentukan tugas yang perlu difokuskan (diambil berat)
  • Panduan untuk membuat rancangan dan tindakan keputusan.
  • Membantu menilai dimanakah organisasi berada sekarang.

HIRARKI PLAN ORGANISASI
  • Diurus berdasarkan 2 jenis plan iaitu :-
  1. Pelan Strategik - Dibentuk oleh pengurus atasan, mendefinisikan matlamat yang luas untuk organisasi.
  2. Pelan Operasi - Menjelaskan dengan terperinci bagaimana untuk mengimpelentasi pelan-pelan strategik tersebut dalam aktiviti harian.
  • Kedua-dua pelan ini dibentuk dan diimpelentasikan secara hirarki dimana pada tahap hirarki yang teratas adalah merupakan pernyataan misi, iaitu matlamat yang luas berdasarkan andaian-andaian pihak pengurusan tentang tujuan organisasi, keupayaan dan tempat di pasaran.

PERBEZAAN ANTARA PELAN STRATEGIK DAN PELAN OPERASI




TAHAP-TAHAP STRATEGI
  • Terdapat 3 tahap yang telah dikenalpasti dalam organisasi iaitu :-
1. Tahap Korporat ---> ATASAN - Visi, Misi, Objektif. - BCG Matrik (Boston Consulting Group)

2. Tahap Unit Perniagaan --> PERTENGAHAN

3. Tahap Unit Fungsian --> BAWAHAN. - Funsi setiap jabatan, Contoh Akaun, Admin, Pemasaran.


KANDUNGAN STRATEGI KORPORAT
  • Ia boleh dianggap sebagai satu idea tentang bagaimana sekumpulan manusia dalam organisasi berinteraksi dengan sekumpulan manusia dalam organisasi lain mengikut masa.
Pendekatan Portfolio Korporat
  • Pihak pengurusan atasan menilai setiap satu unit perniagaan yang diceburi oleh organisasi dengan mengambilkira keadaan pasaran semasa dan rekabentuk dalaman organisasi.
  • Selepas ia dinilai, setiap satu unit perniagaan akan memegang peranan strategik yang ditetapkan supaya setiap unit perniagaan dapat menyumbang kepada memperbaiki prestasi keseluruhan organisasi.
  • Ia adalah rasional dan anlitikal, dipandu terutamanya oleh peluang-peluang pasaran, dan idea ini cenderung dimulakan dan dikawal oleh pihak pengurusan atasan.
  • Salah satu contoh yang terkenal ialah kerangka yang dicadangkan oleh Boston Consulting Group (BCG Matrik)
  • 3 aspek utama bagi setiap unit perniagaan :
- Jualan.
- Pertumbuhan pasaran.
- Unit perniagaan pengguna atau menghasilkan wang tunai dalam organisasi.
- Tujuannya adalah untuk menyeimbangkan unit-unit perniagaan menggunakan wang tunai dengan yang menyumbangkan wang tunai.


BOSTON CONSULTING GROUP (BCG MATRIX)


Unit Perniagaan Dalam Kategori BINTANG/STAR :-
  • Bahagian pasaran yang tinggi secara relatifnya dalam pasaran yang pesat boleh mengungtungkan.
  • Walau bagaimanapun, sekiranya ingin  memastikan bahawa unit perniagaan ini tidak ketinggalan dengan perkembangan yang berlaku dalam pasaran, maka organisasi perlu membuat pelaburan dimana pelaburan ini mungkin akan memaksa organisasi untuk menggunakan lebih banyak wang tunai daripada apa yang dihasilkan.
Unit Perniagaan Dalam Kategori LEMBU/COW :-
  • Bahagian pasaran yang tinggi secara relatif dalam pasaran yang agak lembab.
  • Unit perniagaan adalah menguntungkan dan boleh menghasilkan aliran wang tunai yang berlebihan.
  • Perkembangan pasaran yang lembab tidak menghendaki pelaburan yang besar dibuat untuk mengekalkan posisi pasaran. 
Unit Perniagaan Dalam Kategori TANDA TANYA/QUESTION MARK :-
  • Perniagaan yang mempunyai bahagian pasaran yang agak kecil secara relatifnya dalam pasaran yang berkembang pesat.
  • Boleh menjadi satu urusniaga yang tidak pasti dan mahal bagi organisasi untuk meneruskannya.
  • Perkembangan yang pesat mungkin akan memaksa organisasi untuk membuat pelaburan yang besar hanya untuk mengekalkan bahagian pasaran yang kecil, walaupun bahagian pasaran yang kecil tersebut hanya menyumbangkan keuntungan yang rendah atau negatif.
  • Perkembangan yang pesat membuka lebih banyak peluang pasaran yang menarik sekiranya perniagaan yang betul dan kewangan yang baik dapat dibentuk.
Unit Perniagaan Dalam Kategori ANJING/DOG :-
  • Perniagaan yang mempunyai bahagian pasaran yang rendah secara relatif dalam pasaran yang agak lembab atau statik dilihat sebagai pengguna dan penyumbang wang tunai yang sederhana.