BAB 4 : KOMUNIKASI INTER BUDAYA DAN INTRA BUDAYA


MAKSUD BUDAYA
  • Gaya hidup sesebuah masyarakat yang diturunkan dari satu generasi ke generasi seterusnya melalui bahasa, kepercayaan, pertuturan, adat, budaya dan cara komunikasi.
Juga dikatakan sebagai sistem yang dikongsi bersama sebagai simbol, kepercayaan, sikap, norma. Budaya berbeza dari pelbagai cara dan memberi kesan terhadap komunikasi, ini disebabkan oleh :
  1. Kompleks - budaya berbeza dari aspek penerimaan mesej
  2. Stabiliti - keadaan budaya mungkin berubah perlahan atau cepat
  3. Komposisi - budaya meliputi pelbagai sub-budaya
  4. Penerimaan - sikap adalah penting dalam komunikasi

KEPENTINGAN BUDAYA DALAM KOMUNIKASI
  1. Meningkatkan produktiviti dan kecekapan
  2. Memberikan suasana kerja yang baik
  3. Dapat mengambil pekerja yang berkemahiran walaupun berbeza budaya
  4. Boleh mengelakkan salah faham
  5. Dapat menambah pengetahuan

MENGENALI PERBEZAAN BUDAYA
  • Nilai sosial - setiap masyarakat di dunia mempunyai nilai sosial yang berbeza. Contoh : Amerika mempunyai nilai sosial kuat untuk bekerja dan mencari kekayaan atau harta
  • Peranan dan status - Setiap masyarakat akan ditentukan peranan dan status ahlinya. Contoh : Jepun, lelaki berperanan penting untuk mencari nafkah
  • Budaya membuat keputusan - Contoh : Kanada, suka membuat keputusan secara sebulat suara, Amerika pula suka membuat keputusan dengan cepat
  • Konsep masa - ianya satu konsep bagaimana sesuatu masyarakat menghargai masa. Contoh : Mexico selalu tidak menepati masa. Jepun sentiasa tepati masa

KOMUNIKASI (INTER) ANTARA BUDAYA
  • Berkomunikasi dengan budaya pelbagai negara berlaku disebabkan perkembangan perniagaan globalisasi
  • Contoh : CEO berbangsa German berkomunikasi dengan pengerusnya yang berbangsa China.

KOMUNIKASI INTRA BUDAYA
  • Berkomunikasi dengan rakyat negara sendiri yang berbeza budaya dan bahasa.
  • Contoh : Pengurus Besar berbangsa Melayu berkomunikasi dengan penyelianya yang berbangsa Cina dan India.


ETHNOSENTRIK
  • Merupakan kecenderungan untuk menilai masyarakat lain berdasarkan kelakuan dan resam budaya sendiri
  • Contoh : Sekiranya masyarakat negara A sudah biasa memakai kasut di dalam rumah, masyarakat lain akan menyatakan masyarakat di negara A yang tidak memakai kasut di dalam rumah sebagai tidak betul dan berkelakuan pelik

KONTEKS BUDAYA

Terbahagi kepada 2 jenis :

1. Budaya Konteks Tinggi (High Context Culture)
  • Dalam masyarakat ini, mereka bukan sahaja mementingkan mesej yang disampaikan sahaja, tetapi juga mementingkan kesemua yang ada di persekitaran mesej lisan dan bukan lisan
  • Mereka lebih kerap menggunakan komunikasi bukan lisan daripada komunikasi lisan
  • Mesej disampaikan secara tidak langsung (indirect) dan lebih gemar berkias atau bahasa berbunga
  • Contohnya, masyarakat di negara-negara timur seperti Malaysia, Indonesia dan Jepun

2. Budaya Konteks Rendah (Low Context Culture)
  • Dalam masyarakat ini, mereka memerlukan komunikasi atau mesej bertulis dan lisan yang jelas supaya dapat berkomunikasi secara berkesan
  • Mereka memaksudkan apa yang dikatakan dan nyatakan apa yang mereka maksudkan
  • Mesej disampaikan secara langsung dan berterus terang (direct and straight forward)
  • Sekiranya tidak setuju dengan sesuatu, mereka akan menyatakan TIDAK
  • Contohnya, negara yang mengamalkan komunikasi ini adalah negara barat seperti Amerika Syarikat, Australia dan German

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KOMUNIKASI

1. Hubungan peribadi
  • masyarakat budaya konteks tinggi lebih suka wujudkan hubungan rapat sebelum berbincang tentang perniagaan
  • Manakala masyarakat budaya konteks rendah lebih suka berbincang terus tentang perniagaan

2. Masa
  • Masyarakat budaya konteks tinggi tidak terlalu menekankan tentang ketepatan masa
  • Masyarakat budaya konteks rendah mementingkan ketepatan masa

3. Tahap keformalan
  • Masyarakat budaya konteks tinggi, tahap keformalan atau protokol dan etika adalah penting di dalam hubungan peribadi dan komunikasi bertulis

HALANGAN KOMUNIKASI
  • Perbezaan budaya
  • Masalah bahasa - peribahasa, loghat dan slang/sebutan
  • Reaksi Ethnosentrik - iaitu menilai masyarakat lain berdasarkan budaya sendiri
  • Bahasa badan