NASA telah menghantar sampel sperma manusia ke Stesen Angkasa Antarabangsa untuk mengkaji bagaimana persenyawaan boleh berlaku di ruang angkasa.

Misi yang dipanggil Micro-11, telah menghantar sperma manusia beku dan sperma lembu untuk perbandingan ke stesen angkasa awal bulan ini. Tujuannya? NASA ingin tahu: "Adakah sperma mengeliat di angkasa seperti di bumi?"

This is the machine we use to look at molecules in sperm- it is called a Magnetic Resonance Spectrometer Spom sperm GIF

Kekurangan graviti memberi kesan kepada pergerakan dan kesuburan sperma. Bagi persenyawaan mamalia, sperma menuju ke telur, dan menghadapi persekitaran yang sangat berbeza bergantung kepada graviti.

Kajian terdahulu untuk beberapa jenis sperma telah menunjukkan beberapa isu di ruang angkasa.

Eksperimen sperma dari landak laut dan lembu telah menunjukkan bahawa "pergerakan aktif berlaku dengan lebih cepat dalam mikrograviti, sementara proses gabungan berlaku lebih perlahan - atau tidak sama sekali," jelas NASA. "Kelewatan atau masalah pada peringkat ini dapat menghalang persenyawaan daripada berlaku di angkasa."

Angkasawan di stesen angkasa akan mencairkan sampel dan menambah campuran kimia untuk mengaktifkan sperma. Mereka akan merakam bagaimana sperma bergerak di ruang angkasa. Sampel akan dihantar semula ke makmal di University of Kansas untuk kajian lanjut.

Percubaan ini diuruskan oleh Pusat Penyelidikan Ames NASA di Lembah Silicon California. Sperma itu dilancarkan ke angkasa pada 2 April sebagai sebahagian daripada misi pembekalan kargo keempat belas SpaceX ke stesen angkasa.