Ramai mendakwa bahawa terdapat planet Nibiru di luar Sistem Suria kita. Fakta yang mengejutkan adalah teori konspirasi mengatakan bahawa pada satu ketika ia akan menghentam Bumi dan menghancurkan Manusia.

Astronomi dan Penyelidik NASA, David Morrison berkata bahawa berita perlanggaran ini adalah contoh bagaimana hebatnya berita palsu mempengaruhi masyarakat.

Menurut Morrison, terdapat 2 juta laman web yang berbincang mengenai perlanggaran Nibiru dan Bumi.

Malangnya, membincangkan isu ini bukanlah idea yang baik, kerana ramai mula rasa panik dengan khabar pengakhiran dunia, sehingga ada yang berhasrat untuk membunuh diri.

Para saintis menyimpulkan bahawa satu-satunya asas kepercayaan yang dikenali sebagai Doomsday adalah konsep yang dipromosikan oleh kalendar Mayan - 2012 bermaksud pengakhiran dunia.

Tetapi sekiranya anda masih bimbang, tahukah anda bahawa Nibiru (atau Planet X) telah diramalkan secara meluas pada ketika dahulu akan menghentam bumi pada bulan Disember 2015, dan sebelum itu pada bulan September.

Sebelum itu, ia diramalkan akan menghancurkan bumi bertepatan dengan kepercayaan Mayan pada tahun 2012 - dan sebelum itu, Nancy Lieder, seorang penulis website Amerika yang mendakwa mempunyai "alien implant" di dalam otaknya, meramalkan perlanggaran pada tahun 2003.

Namun, 'Ramai "meramalkan" dunia akan berakhir pada 23 Sept apabila planet lain bertembung dengan Bumi. Tetapi, Planet yang dipanggil Nibiru, sebenarnya tidak wujud, jadi tidak akan ada perlanggaran. Jelas NASA.


Nibiru tidak wujud. Ia tidak pernah dilihat di mana-mana teleskop, dan tidak ada saintis yang boleh dipercayai yang pernah mengesahkan kewujudannya.

'Jika Nibiru atau Planet X wujud dan sedang menuju ke Bumi, semestinya ahli astronomi telah pun menemui sekurang-kurangnya dekad yang lalu, dan ia akan dapat dilihat sekarang dengan mata kasar.'