KEWAJIPAN MELAKSANAKAN DAKWAH

  • Orang Islam diwajibkan melaksanakan dakwah mengikut kemampuan masing-masing.
Firman Allah SWT:
Maksudnya: Dan hendaklah ada diantara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada melakukan kebajikan, menyeru berbuat baik dan melarang berbuat yang jahat, mereka itulah orang yang berjaya. (Surah Ali Imran, 104)


APA ITU AMAR MAKRUF
Maksud Amar Makruf adalah mengajak, menyuruh atau menyeru supaya melakukan kebaikan

Apa Itu Amar Makruf

APA ITU NAHI MUNGKAR
Maksud Nahi Mungkar adalah mencegah atau menghalang daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh syarak

Apa Itu Nahi Mungkar

Usaha amar makruf nahi mungkar adalah amalan mulia. Para pendakwah perlu memiliki sifat-sifat mulia agar mesej dakwah yang disampaikan berjaya. Tugas menjalankan amar makruf dan nahi mungkar merupakan kewajipan setiap individu muslim untuk memastikan semua manusia memperoleh kejayaan yang cemerlang dan mendapat keredhaan Allah SWT.


SIFAT PENDAKWAH

Berilmu
  • Memahami maksud al-Quran, hadis dan hokum syarak yang berkaitan.
  • Mengetahui golongan yang perlu didakwah, tempat dan masa yang sesuai
Beramal Dengan Ilmu
  • Melaksanakan ilmu yang dipelajari dalam diri
  • Mendahulukan diri sendiri melakukan amar makruf sebelum mengajak orang lain
Berakhlak Mulia
  • Pendakwah mesti mampu menahan marah dan bersabar apabila dakwah tidak Berjaya
  • Berani menerangkan kebenaran kepada semua golongan.

ADAB BERDAKWAH

Nasihat Yang Baik
  • Nasihat dan peringatan tentang pembalasan Allah iaitu soal pahala dan dosa
  • Berlemah lembut dalam memberi petunjuk kepada hati yang sesat
Berbincang Dengan Cara Yang Baik
  • Mengemukakan hujah-hujah yang kuat dan bernas bagi menjelaskan kebenaran.
  • Mengelakkan perkara-perkara sensitive
Cara Berhikmah
  • Rasulullah SAW menggunakan dalil yang jelas, kuat dan tegas pada mereka yang berjiwa kuat yang memerlukan kebenaran
  • Golongan yang lemah jiwa, gunakan kata-kata yang dapat merangsang mereka melaksanakan hukum Allah

CARA BERDAKWAH
  1. Memberi kemaafan walaupun ketika berpeluang untuk menuntut bela. Contohnya, Rasulullah SAW melayan keluarga Abu Sufyan dengan baik ketika menakluk Kota Mekah.
  2. Meninggalkan perkara-perkara yang tidak memudaratkan bagi kemaslahatan yang lebuh besar.
  3. Memilih masa dan tempat yang sesuai untuk memberi nasihat. Rasulullah SAW kadang-kadang mengemukakan soalan untuk membangkitkan rasa ingin tahu, sebelum baginda menyampaikan seruan dakwahnya.
  4. Memberi hadiah kepada mereka yang baru berjinak-jinak dengan agama Islam. Rasulullah SAW juga memberi hadiah kepada pembesar Quraisy untuk menghormati mereka.
  5. Melembutkan hati dengan kata-kata dan perbuatan. Contoh, Rasulullah SAW pernah membantu seorang wanita yahudi yang membencinya.
  6. Menceritakan sesuatu seperti kisah umat terdahulu sebagai iktibar. Contohnya, kisah kaum Nabi Lut dan beberapa kaum lain yang Allah binasakan kerana dosa mereka.
  7. Berdakwah secara diplomasi Rasulullah SAW menggunakan cop yang berukir nama Muhammad Rasulullah SAW untuk menandatangani surat-surat yang dikirimnya kepada pembesar. Ini kerana pembesar tidak membaca surat kecuali yang bercop mohor kerajaan.
Dalam berdakwah ada adab yang perlu dipatuhi, tidak boleh secara paksa dan cara yang tidak disukai orang. Maka, tulisan ini bertujuan memberi panduan kepada pendakwah tips dan cara beradab ketika berdakwah.


SOALAN ADAB BERDAKWAH

Nyatakan cara dakwah masa kini yang sesuai untuk remaja? Jawab soalan di ruangan komen di bawah. TERIMA KASIH :)
 
Cara dakwah untuk remaja