Kelebihan Menggunakan Akal Fikiran

Dalam menggunakan akal fikiran, kita hendaklah beradab dan bukan menggunakan fikiran dengan sambil lewa dan tidak bertanggungjawab.

ADAB BERFIKIR
  1. Wahyu dan Syariat Islam = Kemampuan akal terbatas kerana tidak dapat mencakupi perkara-perkara ghaib melainkan apa yang diberitahu oleh wahyu
  2. Akal fikiran = Dapat membezakan perkara baik dan buruk
  3. Bukti kajian saintifik = Dapat meneroka bidang ilmu praktikal
  4. Maklumat dan fakta benar dantepat = Wujud disiplin ilmu yang bermanfaat
  5. Matlamat yang jelas = Fikiran lebih berfikus dan terancang


CARA BERFIKIR DENGAN BETUL
  1. Mengetahui cara mencapai matlamat
  2. Mengetahui batas dan kemampuan akal
  3. Mengetahui perkara yang difikir
  4. Mengetahui risiko yang berlaku
  5. Mengetahui tujuan berfikir


HIKMAH BERFIKIR MENURUT ISLAM

1. Dapat Hindari Unsur Negatif
  •   Dengan memanfaatkan akal fikiran dengan adab yang betul, ianya mampu mengatasi ancaman keamanan dan ketenteraman Negara.

2. Pro Aktif Dan Berdaya Maju
  • Orang yang bijak menggunakan akal, mampu mencari peluang dengan cermat dan terancang untuk mencapai kejayaan.

3. Memantapkan Iman
  • Beruntung bagi orang-orang yang menggunakan akal fikiran. Ini adalah jaminan Allah kepada mereka yang menggunakan akal fikiran untuk mencapai tujuan yang bersih sejahtera.

4. Dapat Menghindar Unsur Khurafat
  •  Guna akal fikiran untuk menjaga akidah dan menghindari amalan yang merosakkan akidah.

5. Dapat Menceburi Bidang Baru
  • Sesiapa yang menggunakan akal fikiran dengan baik dan bijak, ianya berpotensi untuk menembusi bidang baru dalam kerjaya.

6. Menyedari Kekuasaan Dan Kebesaran Allah
  •     Bagi mereka yang menggunakan akal fikiran, pasti Allah akan menyinarkan hati yang selama ini buta tentang ketuhanan Allah SWT. Dengan hayati ciptaan seluruh alam, kamu pasti akan menangis bila kamu sedar hakikat yang sebenarnya.

7. Boleh Menyelesaikan Masalah
  •     Mampu mencari jalan penyelesaian yang cepat dan berkesan dalam menyelesaikan masalah dan persoalan.

8. Dihormati Masyarakat
  •      Orang yang berilmu dapat memberi faedah kepada masyarakat dan Negara. Ini yang dikatakan amalan ilmu yang bermanfaat.


Peranan Akal Dalam Berfikir


PERANAN AKAL FIKIRAN

Dengan mengamalkan adab berfikir, kita mampu tingkatkan iman dan amal supaya bahagia di dunia dan akhirat. Juga kita boleh membezakan antara yang hak dan yang batil. Gunalah akal fikiran dengan bijak dan beradab serta berfikirlah tentang kejadian alam, semoga kamu ketemu dengan tujuan kamu yang satu, selepas itu tujuan itu akan membimbing kamu ke jalan yang lurus.


SOALAN ADAB BERFIKIR

Nyatakan mengapa Islam menyarankan umatnya berfikir? Sila jawab di ruangan komen. TERIMA KASIH :)
Soalan Adab Berfikir