![]() |
Nabi SAW membenarkan 2 sahabat memakai sutera |
ADAB BERHIAS DIRI CARA ISLAM
Menghias Muka
- Hendaklah menjaga anggota badan dengan baik. Sebarang perbuatan mengubahsuai anggota badan (mencabut/mencukur bulu kening) untuk tujuan kecantikan dan menarik perhatian adalah haram.
- Kita sebagai umat Islam hendaklah berhias diri secara sederhana.
Menggalakkan Amalan Mandi
- Mandi merupakan satu cara penjagaan kesihatan diri. Hukum mandi boleh menjadi wajib jika berhadas besar, manakala hukum sunat jika dalam keadaan tertentu.
Bersugi atau Menggosok Gigi
- Amat dititikberatkan dalam Islam. Rasulullah SAW suka bersugi.
Memakai Bau-Bauan
- Lelaki disunatkan memakai bau-bauan apabila ke masjid.
- Wanita haram memakai bau-bauan secara berlebihan sehingga dapat dihidu oleh orang sekeliling terutama apabila keluar dari rumah.
Menyikat Rambut
- Suruhan membersih, menyikat dan memakai minyak rambut adalah sangat bagus dalam agama Islam. Ianya supaya umat Islam memiliki imej yang kemas.
Memotong Kuku, Mencabut Bulu Ketiak & Bulu Ari-Ari
- Hal ini supaya umat Islam sentiasa menjaga kebersihan luar dan dalam.
Cara Berpakaian
Setiap pakaian umat Islam wajib untuk menutup aurat. Berikut garis panduan berpakaian:
•Niat untuk menzahirkan dan mensyukuri nikmat Allah SWT
•Bukan untuk berbangga diri
•Untuk tujuan menutup aurat
•Tidak jarang dan menampakkan aurat
•Tidak ketat memperlihatkan susuk tubuh
•Tidak menyerupai pakaian upacara agama bukan Islam
JANGAN SESEKALI BERHIAS SEPERTI INI
Kita umat Islam adalah imej kepada agama kita, maka adalah penting untuk kita menjaga kesucian dan kehormatan agama Islam, berikut cara berhias yang dilarang dalam Islam:
1. Lelaki adalah dilarang sama sekali dari memakai emas dan sutera tulen kecuali atas sebab yang boleh dimaafkan.
2. Berpakaian yang berlawanan jantina adalah dilarang. Lelaki memakai pakaian menyerupai wanita dan sebaliknya adalah haram
3. Menyambung rambut juga dilarang, dilarang menambah rambut dengan rambut lain (palsu/asli)
4. Membuat tatu pada anggota badan adalah haram, pelakunya akan dilaknat oleh Allah (kecuali orang bertaubat dan memudaratkannya jika tatu itu dibuang)
5. Pembedahan anggota badan untuk kecantikan dilarang dalam Islam, pembedahan plastic di muka untuk kecantikan atau kelihatan muda adalah haram. Pembedahan untuk mengembalikan fungsi badan atau memulihkan kecacatan dibenarkan oleh syarak.
KENAPA PERLU ADAB BERHIAS DIRI
Setiap perkara yang umat Islam lakukan, mestilah mempunyai aturan dan cara yang tertentu, perkara ini kerana agama Islam itu ingin menjaga fitrah manusia. Berikut hikmah adab berhias diri:
1.Maruah diri dan agama terpelihara kerana kebanyakkan manusia itu ramai yang menilai dari luar.
2.Disukai Allah dan manusia, Allah itu cantik dan Dia suka sesuatu yang cantik.
3.Mendapat pahala kerana menzahirkan nikmat Allah di samping menjaga imej penganut Islam
4.Menjauhkan diri daripada kehinaan, ini kerana ramai di antara manusia menilai sesuatu itu bermula dari luar. Sebagai Islam kita perlu mempamerkan penampilan yang baik.
SOALAN ADAB BERHIAS DIRI
Berikan cara berpakaian yang betul menurut Islam? Jawab soalan ini di bawah di ruangan komen yang disediakan, cari jawapan dalam artikel ini. Semoga kalian tergolong dalam golongan orang yang menyampaikan ilmu bermanfaat, terima kasih atas sokangan/dukungan anda :)
![]() |
Soalan Adab Berhias Diri |
0 Comments