![]() |
Hukum menjaga orang sakit |
Sabda Rasulullah SAW
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW telah bersabda: Tanggungjawab seorang muslim kepada muslim yang lain ada lima perkara iaitu menjawab salam, menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah ke tanah perkuburan, memenuhi jemputan dan mendoakan orang yang bersin. (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
HUKUM MENZIARAHI ORANG SAKIT
- Hukum menziarahi dan menjaga orang sakit adalah FARDU KIFAYAH
ADAB MENJAGA ORANG SAKIT
1. Aspek Emosi
- Menggunakan tutur kata dan bahasa yang lemah lembut supaya emosi pesakit terjaga
- Prihatin dan memahami kesakitan yang ditanggung oleh pesakit
- Melayan pesakit dengan mesra dan menunjukkan muka yang manis
- Sabar mendengar keperluan, rungutan dan tingkah laku pesakit
2. Aspek Rohani
- Memberi nasihat kepada orang sakit bahawa sakit itu adalah sebahagian ujian daripada Allah
- Menasihati pesakit supaya bersabar dan tabah hadapi ujian Allah
- Mengingatkan pesakit untuk tunaikan solat lima waktu
- Sentiasa Mengingati Allah
- Mambantu pesakit mengambil wuduk
3. Aspek Fizikal
- Pastikan kebersihan tubuh badan, pakaian dan tempat pesakit
- Bertanya tentang keinginan dan keperluan pesakit
- Memberi pesakit peluang rehat secukupnya
- Mengingatkan pesakit untuk makan ubat mengikut jadual
- Menghantar pesakit ke tempat rawatan yang sesuai
Maksud hadis: Apabila kamu menziarahi orang sakit atau orang yang hampir mati, hendaklah kamu memperkatakan perkara-perkara yang baik-baik kerana malaikat mengucap 'amin' apa yang kamu katakan.
HIKMAH BERADAB KETIKA MENJAGA PESAKIT
Beradab ketika menjaga pesakit amat penting untuk diamalkan. Perkara ini supaya dapat mewujudkan silaturrahim sesame Islam. Serta, dengan menjaga emosi orang sakit, mampu meringankan penderitaan yang dialami.
Di samping itu, dapat memenuhi tanggungjawab kepada keluarga, sahabat dan jiran, ini akan melahirkan sifat prihatin kepada semua dan generasi akan datang. Hikmah yang sangat besar adalah keinsafan, rasa syukur dengan nikmat dan kesihatan diri.
SOALAN ADAB MENJAGA ORANG SAKIT
Tuliskan hikmah kebaikan menjaga orang sakit? Tulis jawapan anda di ruangan komen :)
![]() |
Soalan Hikmah Menjaga Orang Sakit |
TERIMA KASIH :)
0 Comments